Thursday, November 4, 2010

Kisah Nabi Sulaiman dgn Seekor Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di
tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku
takut kamu lupa".

Fikir-fikirkan moral di sebalik kisah ini.

Majlis Khatam Al-Quran 2011






18 Oktober,2010: Seperti tahun lalu,sekali lagi Panatia Pendidikan Islam berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis yang diadakan di Dewan Sri Dermin ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Nawi bin Mohammmad,Guru Besar sekolah ini. Bilangan murid yang berjaya khatam pada tahun ini mencapai seramai 138 orang dan ini merupakan jumlah yang terbesar setakat ini.

Khalifah yang mengetuai majlis ini ialah Tuan Haji Abdul Ghaffar,guru fardhu ain sekolah yang juga merupakan Imam Muda Masjid Mukim Mentuan.

Panatia membuat sedikit perubahan pada tahun ini di mana semua murid turut mengikuti dan mengambil bahagian.Mereka diminta bersama-sama membaca ayat-ayat suci yang dibaca oleh khalifah dan para murid yang khatam.

Selepas majlis ini tamat,semua murid dijamu dengan pulut kuning sambal udang yang ditaja oleh Panatia Pendidikan Islam.Kita merasa amat bersyukur dengan kemurahan hati mereka dan mendoakan agar bilangan murid yang akan khatam pada tahun depan akan meningkat.