Tuesday, March 23, 2010

Temasya Sukan Mini Tahun 2010

Unit Kokurikulum Sekolah akan mengadakan temasya sukan tersebut selama 2 hari bermula pada 24-25 March ini. Temasya ini akan berlangsung di padang sekolah.

Acara sukan akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu acara olahraga dan padang yang akan dilangsungkan pada petang 24 March ini (hari Rabu). Antara acara padang yang akan dilangsungkan ialah lompat tinggi,lompat jauh dan lontar peluru. Bagi acara balapan pula ialah larian 50 meter , 80 meter , 4 x 50 meter dan 4 x 80 meter.

Unit Sukan terpaksa mengubahsuai jarak larian sesuai dengan kemudahan trek sekolah yang ada. Namun ini bukanlah kali pertama acara ini diadakan kerana sudah beberapa tahun kebelakangan ini kemudahan padang dan trek amatlah terdesak dan itulah acara yang mampu diadakan.

Manakala acara sukaneka pula akan dilangsungkan pada hari khamis 25 March bermula jam 8.30 pagi. Beberapa acara sudah dikenalpasti untuk dipertandingkan. Matlamat sekolah ialah semua murid akan terlibat dan mengambil bahagian.

Adalah diharapkan kemeriahan sukan mini pada kali ini tidak akan terjejas walaupun pihak sekolah mengambil langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah.InsyaAllah satu masa nanti pihak sekolah akan mengadakan sukan sebenar dengan jarak yang standard di mana mungkin kita akan menyewa trek di tempat lain seperti sekolah menengah sekitar atau pun Kompleks Sukan Belia Panji.

Sekamat bersukan

SUASANA HARI SUKAN

Penyampaian hadiah untuk murid Prasekolah oleh Tuan Guru Besar
Sesi membasah tekak sumbangan Nestle ( Milo )Pasukan Van Bergerak
Acara sukaneka Tahap 1 (menarik bola dengan gelung rotan)
Acara Tahap 2 ( Lari ikat kaki berpasangan )
Acara murid Prasekolah ( Lari dan susun tin )

Saturday, March 20, 2010

Permata Pintar UKM1

Ujian untuk menyertai program ini telah dibuka mulai 1 Mac,2010 hingga 31 Mei,2010.
Terbuka kepada semua pelajar berumur 8 - 15 tahun di seluruh Malaysia.
Satu program yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri kita,Datin Seri Rosmah bt Mansor.

Tahun lepas seorang murid sekolah kita telah layak dan menyertai program ini di Universiti Kekangsaan Malaysia iaitu adik Mohd Naim b Hasim.

sila layari : http://www.permatapintar.edu.my.

Anda dinasihatkan menduduki ujian itu sekarang.Jangan tunggu saat akhir kerana dikhuatiri akan berlaku laluan sesak.

Friday, March 12, 2010

Mengekalkan Kejuaraan Untuk Tahun ke 6



Khamis ,11 March,2010 : Pasukan bola tampar lelaki telah mengekalkan kejuaraan untuk tahun ke 6 berturut-turut Pesta Bola Tampar peringkat QIT Kota Jembal..Encik Ajaha b Kadir, jurulatih pasukan mengakui walaupun saingan agak sengit,namun kelebihan pasukan ini ialah kekuatan mental yang konsisten dan pemain mempunyai kelebihan skil permainan berkat latihan sepanjang tahun.

Pasukan ini dibentuk sejak tahun 2008 dan sentiasa memberikan saingan dalam setiap pertandingan.Target pasukan ialah menjadi juara peringkat MSS Kota Bharu yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Sementara itu semalam,Rabu(10 March,2009
)sekolah kita telah menjadi penganjur kejohanan bola tampar perempuan peringkat QIT Kota Jembal.Sebanyak lima sekolah yang mengambil bahagian.Pasukan tersebut ialah:

i. Sek Keb Gong Dermin
ii. Sek Keb Wakat Stan
iii. Sek Keb Banggu
iv: Sek Keb Chicha Menyabong
v: Sek Keb Sultan Ismail 4

Pasukan kita telah menjadi juara dengan menewaskan pasukan SK Sultan Ismail 4.
Walaupun pasukan-pasukan lain semakin baik permainan mereka namun kelebihan berpihak kepada kita. Ramai penyokong kita yang hadir memberi kekuatan dan keyakinan kepada pasukan untuk mengatasi Sek Keb Sultan Ismail 4.

Saya menyeru kepada para permain supaya berlatih lebih giat lagi dan pastikan tidak gementar bila bertemu lawan di peringkat daerah nanti.Hanya latihan yang berterusan akan meningkatkan kemahiran pemain dan seterusnya menjuarai kejohanan kali ini .

Tuesday, March 9, 2010

Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Guru Besar turut membantu tukang gulai ( pemantau gulai ada kat tepi...jangan terlebih garam..)
PK HEM memotong daging untuk kawah ketiga..." berkat , berkat , Amin "
Pasukan guru lelaki memotong daging manakala guru perempuan mengupas bawang...adil kan?...
Guru Besar dan penceramah sedang mengaminkan doa
Sesi terakhir ...beratur mendapatkan nasi dan lauk-lauk.

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat sekolah bagi tahun 1431 Hijrah akan diadakan pada hari Khamis ini bermula jam 8.00 pagi. Berbagai acara telah dirancang dan akan melibatkan semua murid.

Seperti tahun lalu,pihak Panitia Pendidikan Islam telah diberi amanah menjayakannya.
Pada awalnya,panitia merancang bersama PIBG untuk menyembelih dua ekor lembu dan akan melibatkan semua. Perancangan itu berubah pada saat akhir kerana terdapat sedikit masalah.

Untuk tahun ini,walaupun dalam keadaan ekonomi merosot,kita tetap akan menyembelih seekor lembu sebagai menu utama dan dijamu kepada semua warga sekolah.Kita berharap agar semuanya berjalan lancar dan gulai kawah sempat masak sebelum murid prasekolah pulang.

Sama-samalah kita "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah".

Terkini: Menurut Bendahari,Puan Hasnah bt Salleh,sumbangan tahun ini amatlah membanggakan.Selain ibubapa yang turut menderma ialah para guru yang mendapat kenaikan DGA32 sebanyak RM 500,guru dan staf lebih dari RM 700,bapa murid UPSR 09 RM 500,pemajak kantin RM 500 dan kontaktor kebersihan RM xxx.
Malah ada seorang bapa yang menderma RM 50 untuk setiap anaknya dan beras juga disponsor oleh seorang ibubapa.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ibubapa kita juga adalah dermawan sebenarnya.

Pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk menambah menu iaitu gulai kawah (3 kawah),ayam goreng kunyit,tembikai,sambal dan minuman sirap bandung (disumbang oleh Pn....seorang guru sekolah ini juga.)

Sama-samalah kita berdoa agar majlis ini berjalan lancar dan diberkati juga para dermawan tersebut terus mendapat rahmat Allah dan akan lebih dermawan pada masa aakan datang.

Tuesday, March 2, 2010

Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas

Sabtu;27 Februari, Unit Hal Ehwal Murid (Badan Disipilin dan Pengawas) telah berjaya mengadakan Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas yang diadakan di Dewan Wawasan Sekolah.

Kem dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 ini menggunakan pengisian aktiviti ala kem motivasi kepimpinan lain. Cuma yang berbeza ialah dari segi tempoh penganjuran dan venue dalaman sahaja.

Penolong Kanan HEm ,Puan Hajah Siti Khadijah bt Abdullah ( Kak Jah ) menjelaskan bahawa unit beliau mengubah teknik tersebut pada tahun ini sesuai dengan konsep penjimatan.Pemilihan sekolah sendiri merupakan satu tindakan yang amat menjimatkan kerana tidak melibatkan sebarang sewaan atau saguhati lain yang perlu ditanggung oleh sekolah.

Aktiviti seperti 'ice-breaking,ceramah,latihan dalam kumpulan dan pembentangan masih diteruskan disamping solat berjemaah pada waktu zohor. Malah penceramah juga melibatkan guru bimbingan sekolah sendiri iaitu Encik Nik Rosli bin Abdul Hamid dengan dibantu oleh ahli jawatankuasa disiplin sekolah.

Kak Jah sendiri mengepalai beberapa orang guru dan kakitangan mengambil peranan sebagai penyedia makanan dan persegaran lain. Mereka telah menyising lengan untuk memastikan semua perancangan berjalan lancar.

Guru Besar semasa merasmikan majlis penutupan telah mengingatkan semua pengawas supaya menjadi contoh yang terbaik kepada semua murid-murid lain. Biar kawan-kawan menjadikan pengawas sebagai model dalam semua aspek seperti fe'el perangai,tuturkata,semangat belajar,kecemerlangan akademik dan juga sikap ringan tulang." Pengawas hendaklah sentiasa mengamalkan sikap proaktif dalam semua bidang terutama dari segi pengursan masa",tegas Encik Nawi.Beliau juga berjanji akan mengadakan kem kepimpinan siri lain jika keadaan ekonomi pulih dan mempunyai bajet secukupnya.

Majlis berakhir pada jam 5.30 petang.Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Penolong Kanan HEM mengikuti pembentangan kumpulan
AJK Disiplin mengagihkan makanan
PK(P) turut serta menyediakan makanan
Pengawas lelaki memberi perhatian serius
Pengawas perempuan tekun mendengar amanat