Friday, April 23, 2010
Miracle Plant ( Pokok Ajaib )
“ Cikgu,jom makan buah mangga putik ni,”pelawa seorang jururawat pergigian yang sedang menjalankan rawatan di bilik kesihatan pada satu awal pagi minggu lalu.
“ Terima kasihlah misi,ambo tak suko benda hok mase ni,kalu pauh mas itam atau siku raja buleh la..,” jawab saya secara sopan.
“ Tak masam eh….mari dulu,kita bawa penawar hok lawan masam,” beriya-iya misi tu ajak saya.
“ Ambo ni … buah asam masin pun…ambo makan sebutir sampai KL kalu sambil drebar keto..,”jelas saya menerangkan yang saya tak suka benda masam.
“Cikgu makan buah goni dua butir…pah tu makanlah gapa pun hok masam,gerenti jadi manis,”kata misi tadi sambil menghulurkan ‘buah ajaib’.
Atas keinginan mencuba dan saya pun makan buah ajaib yang sebesar kacang butir itu. Selang 30 saat kemudian saya makan hirisan mangga putik tadi.
“Wow…ajaib,” kata saya sambil diperhatikan oleh misi dan team pergigian mereka.
Saya pun bersoal panjang dengan misi itu tentang khasiat pokok ajaib. Katanya pokok tersebut senang tumboh tetapi agar sukar untuk berbuah lebat. Namun yang pasti setiap benda masam akan manis tanpa perlu dimakan dengan ‘colek’ atau jeruk.
Semalam , seorang murid lama saya hubungi melalui ‘facebook’ lalu kami ‘chating’ mengenai asam(kebetulan dia pelajar jurusan kesihatan di USM Kubang Kerian.Saya ceritakan tentang ‘buah ajaib’ tadi. Dia pun ‘googled’ di http://haimedjt.blogspot.com/2008/02/miracle-plant-pokok-ajaib.html
Anda ingin tahu khasiat dan rupa ‘pokok ajaib’. Sila layari alamat tersebut.
Sekarang saya sedang mencari pokok ini dan akan tanam di sekitar rumah saya.Bila berbuah anda adalah orang yang akan saya hadiahkan dua biji ‘buah ajaib’
Apakah Buah Ajaib itu sebenarnya?
Apakah sebenarnya buah ajaib itu? Kenapa disebut sebagai buah ajaib? Mungkin kita sering mendengar orang berbicara mengenai buah ajaib atau pokok ajaib atau miracle fruit dan ada juga yang menyebutnya miracle berry (Synsepalum dulcificum). Buah ajaib ini sebenarnya merupakan buah berry yang berasal dari Afrika Barat. Jika sudah matang warnanya berubah menjadi merah ranum. Buah berry ini tergolong buah yang unik dan ajaib karena buah berry ini mampu mengubah rasa asam maupun rasa pahit dilidah kita menjadi rasa manis. Ya benar rasa manis, itulah mengapa buah berry ini disebut orang sebagai buah ajaib / miracle fruit berry. Rasa dari buah berry ini sendiri hampir tidak berasa / sedikit manis.
Bagaimana prosesnya kenapa buah ajaib ini dapat mengubah rasa asam / pahit di lidah kita menjadi rasa manis? Hal ini terjadi karena buah ajaib ini mengandung sejenis protein yang disebut sebagai miraculin. Ketika daging buah ajaib berry ini kita makan, molekul dari protein miraculin ini akan mengubah lidah indra perasa menjadi sangat responsive terhadap rasa asam, sehingga menyebabkan semua makanan asam / pahit yang kita makan selanjutnya akan berasa manis. Hal penting yang patut diperhatikan adalah bahwa buah ajaib ini tidak merubah kandungan zat suatu makanan. Jika makanan yang kita makan tersebut adalah asam, maka makanan tersebut diperut tetap memiliki kandungan asam. Efek dari buah ajaib ini dapat bertahan selama 15-30 minutes.
Jadi dapat dibilang bahwa buah berry ini sebenarnya “menipu” lidah perasa kita, dengan mengubah rasa asam / pahit menjadi rasa manis. Apakah sebenarnya manfaat dari buah ajaib ini jika buah ini hanya mengubah indera perasa kita?
Monday, April 19, 2010
BAGAIMANA ANAK-ANAK INGIN DILAYAN?
Kasih sayang bukan dibenci
difahami bukan dihakimi
diterima bukan ditolak
dihormati bukan dihina
ditolong bukan disakiti
keselesaan bukan digunakan
berkembang bukan beku/statik
difahami bukan dihakimi
diterima bukan ditolak
dihormati bukan dihina
ditolong bukan disakiti
keselesaan bukan digunakan
berkembang bukan beku/statik
Friday, April 16, 2010
Pertandingan Pidato DiRaja dan Bercerita
Nur Atiqah bt Ab Ghani (Johan Bercerita Tahap 2)
Peserta Bercerita Tahap 1
Panel Hakim bercerita
Penyampaian hadiah kepada Johan Bercerita Tahap 2
Naib Johan Pidato QIT Kota Jembal
14 April,: Sekali lagi sekolah kita diberi kepercayaan oleh QIT Kota Jembal untuk menjadi tuan rumah pertandingan tersebut. Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kategori berikut:
i. Pertandingan Pidato DiRaja Tahap 2
ii. Pertandingan Bercerita Tahap 2
iii.Pertandingan Bercerita Tahap 1
Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dan dilangsungkan di dua bilik berasingan iaitu Auditorium Tayangan dan Bilik Gerakan.Seramai 6 orang pengadil dilantik dari kalangan sekolah dalam QIT bagi mengadili setiap kategori pertandingan.
Peserta bercerita SKGD Tahap 2 ,adik Nur Atiqah bt Abd Ghani (Tahun 4) telah menunjukkan bakat yang cemerlang dan dinobatkan Johan. Manakala adik Che Nur Shamiza bt Che Othman (Tahun6) telah menjadi Naib Johan bagi pertandingan Pidato.
Sementara peserta bercerita Tahap 1 pula sekadar mendapat saguhati.
Johan setiap kategori akan mewakili QIT ke pertandingan peringkat PPD Kota Bharu yang akan diadakan pada hujung bulan ini.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Noryah bt Mat Ajid (Penolong Kanan Kokurikulum)yang mewakili Guru Besar.
Sama-sama kita berdoa agar adik Nor Atiqah akan menunjukkan belangnya pada peringkat yang lebih tinggi.

Wednesday, April 14, 2010
PENAWAR SEBENAR KANSER
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Monday, April 12, 2010
Marjerin @ Mentega
Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya…anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Dipetik dari Rense.com

Sunday, April 11, 2010
Akhlak Mulia Penjana Kecemerlangan
Sabtu 10 April:Unit Peningkatan UPSR sekali lagi bergabung tenaga dengan Panatia Pendidikan Islam menjayakan Kem Bina Insan untuk tahun ini.Program sehari semalam bermula jam 8.00 pagi semalam yang diadakan di sekolah ini melibatkan tenaga dalaman dengan bantuan dari 16 orang ahli Alumni Maahad Muhammadi sebagai fasilitator.Seramai hampir 130 orang calun UPSR tahun ini mengambil bahagian.
Unit Peningkatan UPSR menaja semua perbelanjaan bagi program ini iaitu makan minum,peralatan,saguhati penceramah dan juga fasilitator. Program padat ini melibatkan hampir keseluruhan tenaga warga sekolah yang bertungkus-lumus berganding bahu dalam semua skop kerja bermula dengan memasak makan minum,menyelia program,menjadi penghubung dengan fasilitator-murid-ibubapa serta kawalan malam. Tiga orang guru perempuan bersama empat orang guru lelaki turut bermalam dengan berbantalkan lengan dan bertilamkan meja kelas.
Selain dari Latihan Dalam Kumpulan(LDK),program ini juga dilengkapkan dengan tiga ceramah utama yang disempurnakan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Rozaimi(Kauselor SMKA Falahiyah),Ustaz Haji Mohamad bin Abd Rahman(SK Pasir Hor) dan Ustaz Nik Mustapha b Nik Ya(SK Gong Dermin. Ceramah-ceramah tersebut amat menyentuh hati murid-murid sehinggakan ramai yang menitiskan airmata.
Perasmian penutup dilakukan oleh Encik Nawi bin Mohammad ,Guru Besar sekolah ini.
Beliau mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat terutama kepada fasilitator yang sanggup bermalam dengan murid-murid dalam kepanasan dan kesulitan bekalan air yang terganggu kerana kerosakan 'water-pump' namun masih memberikan sumbangan tahap maksimun tanpa menunjukkan raut wajah yang kecewa.Murid-murid juga dinasihatkan supaya menggunakan dan mengamalkan segala ilmu yang diterima dalam kehidupan seharian.
Majlis ditamatkan pada jam 1.00 petang. Sekali lagi "Jazakallahukhairankhatiraa" kepada warga SKGD yang terlibat terutama fasilitator dari Alumni Maahad Muhammadi.
Semoga kalian tidak serik untuk menyumbangkan tenaga pada masa akan datang,insyaAllah.
Friday, April 9, 2010
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform
Rabu;7 April : Unit Badan Beruniform sekolah telah mengadakan pertandingan kawad kaki yang telah disertai oleh lima buah pasukan.Pertandingan dilangsungkan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan jam 1.10 petang.
Pasukan tersebut ialah Pengakap Kanak-kanak,Tunas Kadet Remaja Sekolah,Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pasukan St John Ambulans. Semua pasukan telah menunjukkan persembahan yang menarik dan panel pengadil agak sukar untuk menentukan pemenang.
Semasa pasukan kawad membuat persembahan, ahli-ahli pasukan yang lain mengambil bahagian dalam pertandingan menyediakan hidangan sarapan pagi.Walaupun mereka tidak dapat membuat persiapan rapi tetapi persembahan setiap pasukan amat bermutu.
Pemenang akan diumumkan semasa perhimpunan mingguan akan datang. Tahniah kepada semua peserta dan guru penasihat yang terlibat.Komitmen anda amat memberangsangkan dan diharap berterusan.
Thursday, April 1, 2010
Seksa jadi cikgu
Seksa jadi cikgu
Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my
2010/04/01
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri), bersalaman bersama Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan semasa Perjumpaan bersama NUTP di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Bernama

Jawatankuasa khas diberi dua bulan selesai tekanan hidup guru: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.
Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
“NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti, sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Jadi, kita akan teliti masalah itu kerana tidak mahu tugas hakiki guru, iaitu mendidik pelajar tidak terganggu disebabkan bebanan macam-macam tugas yang terpaksa dibuat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat antara Kementerian Pelajaran dengan NUTP di bangunan Parlimen, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa itu akan mengenal pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi menyelesaikannya.
“Piawaian antarabangsa atau dari negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi boleh kita contohi,” katanya.
Muhyiddin berkata, kementerian menyedari tugas sebenar guru ialah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bukannya melakukan tugas tertentu yang sepatutnya dilakukan kerani.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, dasar baru kementerian yang menekankan aspek kokurikulum di sekolah mendapat maklum balas positif daripada NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
“NUTP turut menyokong Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan jaringan pendidikan kepada rakyat. Kementerian akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat,” katanya
Sumber : //www.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article/

Subscribe to:
Posts (Atom)