Tuesday, September 21, 2010
Selamat Berjaya Putera dan Puteri ku....
21 September,2010 : Hari ini adalah segalanya buat murid-murid Tahun 6 dan malah merupakan kemuncak dalam alam persekolahan sekolah rendah.Tinggi cita-cita mereka maka setinggi itulah harapan para guru di sekolah ini.
Semua calon akan memasuki Dewan Peperiksaan tepat jam 8 pagi. Pelbagai latihan dan pendedahan soalan sudah diberikan. Berbagai tips dan panduan malah buah kilas tidak kurang diajarkan.Sebut sahaja soalan percubaan negeri mana, bermula dari Utara dan terus melewati soalan negeri Sabah dan Sarawak.Semua sudah dibincangkan dan diperjelaskan.Kini terletak di tangan anda...
Pihak sekolah tidak pernah meragui kemampuan semua calon. Kita meletakkan harapan yang tinggi agar pencapaian tahun ini akan mengatasi pencapaian lalu dan seterusnya meletakkan sekolah dipersada sekolah elit di Kelantan.
Para calon diharapkan agar bertenang dan dapat menjawab dengan baik. Fikir dan pilih jawapan yang terbaik.Jika buntu...maka selawat dan tarik nafas sedalam-dalam.
Kami yakin anda mampu melakukan dan akan berjaya,InsyaAllah.
Majlis Penyerahan Ilmu
19 September,2010: Seperti kelaziman tahun-tahun lepas,minggu terakhir menjelang hari UPSR ,pihak jawatankuasa peningkatan UPSR akan mengadakan Majlis Penyerahan Ilmu sebagai salah satu dari ikhtiar sekolah mencapai kecemerlangan calon-calon.
Kenapa Ilmu mesti diserahkan? Adakah selama ini guru-guru memberi khidmat kerana faktor makan gaji sahaja? Inilah antara persoalan yang ditanya kepada blogger.
Blogger:" Bukan faktor duit( makan gaji )guru-guru memilih untuk menjadi cikgu."
Sebenarnya majlis ini diadakan dengan tujuan utama ialah menyatakan kepada semua calon bahawa guru-guru pada setiap masa mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan calon-calon.
Murid-murid juga sebenarnya masih berpeluang meminta para guru menghalalkan semua ilmu di alam persekolahan rendah. Harapan kita ialah murid masuk dewan dengan lapang dada dan keyakinan meningkat kerana semuanya telah dihalalkan,
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Mustapha,ucapan waki-wakil guru Tahun 1 hingga 6,ucapan wakil murid,ucapan Penolong Kanan,ucapan Guru Besar dan berakhir dengan majlis bersalam antara semua calon dengan semua guru.
Semoga semua usaha yang kita jalankan mendapat perhatian dan keredhaan Allah.
Thursday, September 16, 2010
Solat Hajat UPSR
_________________________________________________________________
Ruj.Kami: 06/13 Jld.B(38)
Tarikh : 13 September,2010
Ke Majlis,
Yang DiPertua PIBG,
Ahli Jawatankuasa PIBG,
Guru-guru dan Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 6,
Tuan / Puan ,
MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2010
Adalah dengan segala hormatnya,dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan
seperti berikut :
Tarikh : 15.09 . 2010 ( RABU )
Masa : 7.00 petang
Tempat : Dewan Sri Dermin,
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin,Kota Bharu.
2. Pihak persatuan dengan segala besar hatinya menjemput dan mempersilakan tuan / puan hadir bersama anak ( calun UPSR ) untuk memohon hidayah dan memberkati majlis ini.
3. Aturcara majlis adalah seperti berikut :
7.00 petang - Ketibaan para ibubapa dan tetamu.
7.16 “ - Solat Maghrib Berjemaah
- Solat Hajat
- Bacaan Yasin / Tahlil
- Solat Isya’
9.30 malam - Majlis bersurai.
4. Diharap tuan / puan tidak menguzurkan diri.
Sekian , terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah,
( NAWI BIN MOHAMMAD )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin,
Kota Bharu,Kelantan.

Thursday, September 9, 2010
Eid Al Mubarrak
Setelah 29 hari kita berpuasa,maka insyaAllah esok 10 September,2010 kita akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.Blogger mengambil kesempatan berharga ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga SKGD,pengunjung blog ini,bekas murid sekolah ini dan seterusnya muslimin dan muslimat semua.
Semasa menyambut hari mulia ini kita janganlah terlalu leka sehingga melupakan perkara yang wajib. Keutamaan kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada 20-22 September ini. Jangan jadikan alasan keseronokan beraya menjadikan kita lalai mentelaah pelajaran.Ingatlah bahawa peluang mencapai kejayaan cemerlang terbuka untuk semua orang.
Berkaitan dengan merayakan aidilfitri,kita juga mesti menggunakan suasana meriah ini dengan memohon maaf sesama insan terutama ibubapa tercinta dan sanak saudara tersayang.Kemeriahan hari raya ini kita gunakan untuk mengenali sanak saudara kita yang jauh dan dekat yang selama ini kita tidak sedar bahawa mereka adalah waris kita juga.Semoga kunjung mengunjung akan merapatkan lagi hubungan persaudaraan
Perkara berkaitan dam,dum,dam..(mercun)tu,sama-samalah kita tinggalkan. Jangan sampai kita berbeza dengan orang lain disebabkan mercun.Jika orang lain ada 10 jari...maka janganlah pula kita hanya mempunyai 8 atau tujuh jari sahaja. Dah la begitu...jari kita pula "kerekot" lantaran mercun meletup d tangan.
Akhir kalam,Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 8, 2010
Warga SKGD Prihatin
Kira-kira dua minggu lalu,kita dikejutkan dengan bencana yang menimpa beberapa orang murid sekolah kita.Rumah mereka terbakar... Dugaan ini berlaku semasa mereka sedang belajar di sekolah,sekitar jam 11.30 pagi.
Sebanyak 8 buah rumah di Pondok Terusan Pasir Tumboh,hangus dijilat api.Kejadian ini berpunca dari kerosakan litar elektrik salah sebuah rumah tersebut.Kedudukan petempatan yang agak padat ini menyukarkan pihak bomba untuk memadamkan api.
Warga Sekolah juga tertanya-tanya bila melihat kenderaan bomba masuk ke sekolah untuk mendapatkan bekalan air dari pili bomba yang terdapat di kawasan sekolah.
Unit Hal Ehwal Murid membuat pungutan derma kilat dan merayu sumbangan barangan untuk diberikan kepada mangsa sebagai bantuan awal.
Alhamdulillah,sebanyak 8 karung pakaian dapat dikumpulkan serta sejumlah wang derma diterima.Ada juga kalangan guru yang menderma bantuan makanan untuk mereka.
Penolong Kanan HEM,Puan Siti Khadijah bt Abdullah telah mewakili Guru Besar untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan semasa membuat kunjungan ke rumah mangsa minggu lalu.

Wednesday, September 1, 2010
Majlis Berbuka Puasa
18 Ogos: Seperti kelaziman bulan Ramadhan lalu,Kelab Guru dan Staf Sekolah telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa.Pada kali ini,majlis ini dibuat di kantin sekolah dengan dihadiri hampir semua guru dan staf sekolah di samping beberapa orang ahli keluarga mereka.
Majlis bermula jam 6.3o petang dimulai dengan tazkirah yang disampaikan oleh Cikgu Nik Rosli b Ab.Hamid(Cikgu Nik Li). Beliau mengupas tentang kefarduan puasa kepada umat dan kelebihan melakukan ibadat sepanjang bulan ini.
Sekitar jam 7.10 petang,Cikgu Nik Li sekali lagi memimpin semua yang hadir untuk bersama-sama bertahlil.
Menu pada petang tersebut amat menyelerakan iaitu Nasi Kerabu Tumis,ayam percik,daging bakar,ikan celup tepung,solok lada serta kueh-mueh yang masing-masing bawa dan hidangkan untuk dimakan bersama. Boleh dikatakan pakej nasi kerabu yang lengkap dan menyelerakan.
Mereka kemudiannya melakukan solat maghrib berjemaah sebalum majlis bersurai.
Kita difahamkan para guru yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah berpakat menaja majlis ini.
Terima kasih dan semuga rezeki mereka akan bertambah,InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)