Panas...kemarau...dahaga...malah orang Kelantan kata,"kering tekak" dan jalan keluar ialah air.
Kita selalu diajar supaya meminum banyak air kosong setiap hari.Lantas sekarang ini muncul berbagai penemuan tentang air(betul ke penemuan atau sekadar istilah).
Dahulu ibubapa kita hanya sebut air masak,air mentah dan air manis(merujuk kepada air yang disediakan dengan menggunakan gula atau susu manis).
Sekarang ini kita disogokkan dengan air minuman,air mineral,air osmosis songsang(riverse osmosis),air bertapis seperti bio-aura dan macam-macam lagi.
Walau apa jenis air pun yang sebaiknya ialah air kosong. Berikut adalah beberapa tips yang baik untuk kita amalkan meminum air pada waktu yang tepat:
2(dua) gelas selepas bangkit dari tidur -baik untuk mengaktifkan organ dalaman
1(satu)gelas 30 minit sebelum makan-membantu penghadaman dan pencernaan
1(satu)gelas sebelum mandi-membantu menurunkan tekanan darah
1(satu)gelas sebelum tidur-dapat mencegah serangan jantung atau 'stroke'
Ayuh kita amalkan dan belum terlambat.
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment