Thursday, October 7, 2010

Meriahnya Aidilfitri






27 September: Seluruh warga SKGD sekali lagi berganding bahu menjayakan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Aturcara yang bermula seawal jam 8 pagi ini melibatkan seluruh warga dan para tetamu yang dijemput khas seperti Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu,para Guru Besar QIT Kota Jembal,ahli jawatankuasa PIBG dan beberapa orang penyumbang tetap sekolah.

Sambutan dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohd Faisal dan diteruskan dengan ucapan oleh Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Hajah Che Sapiah bt Ab Rahman.
Kemudian giliran murid-murid pula membuat persembahan.Selepas itu acara ditangguhkan bagi memberi peluang murid rehat dan menikmati makanan di kantin.

Murid-murid juga diagihkan duit raya oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Kokurikulum yang mewakili Guru Besar.Juadah hari raya mula dihidangkan pada jam 11.00 dimana menu murid ialah satey dan mee hoon goreng di samping kueh mueh yang disumbangkan oleh murid-murid dan guru.Berbagai jenis biskut dan kek diletakkan atas meja panjang.Mereka mengambil hidangan tersebut dan menikmatinya secara duduk bersila di bawah Dewan Sri Dermin.

Manakala hidangan guru dan para jemputan ialah nasi dagang terengganu,lontong,mee kari,satay,ketupat dan rendang serta beberapa jenis minuman. Semua hidangan ini disediakan oleh guru sendiri secara sukarela dan ikhlas untuk memeriahkan sambutan ini.

Tetamu utama,Tuan PPD turut hadir menikmati juadah tersebut dan sama-sama memeriahkan sambutan ini.Guru Besar,Encik Nawi bin Mohammad sendiri juga hanya dapat mengikuti majlis ini pada jam 12.00 kerana menghadiri kursus pengurusan fail di PPD.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.

No comments:

Post a Comment