Wednesday, January 20, 2010
Perlantikan Pengawas dan Pustakawan
Pada 17 Januari,2010 lalu telah dilangsungkan Majlis Perlantikan Pengawas dan Pustakawan Sekolah . Majlis yang dianjurkan peringkat dalaman ini bermula pada jam 7.40 pagi dan disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Nawi bi Mohammad,Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Gong Dermin sendiri.
Semasa berucap,Tuan Guru Besar telah memberi peringatan dan nasihat kepada mereka agar menjadi 'role-model'murid yang terbaik dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain.Pengawas dan Pustakawan hendaklah menjadi contoh dan ikutan dalam berbagai sudut baik secara zahir (personaliti,tutur kata,tingkahlaku,cara berpakaian,menjaga adab dan tatasusila,dan lain-lain lagi) mahupun yang tersirat ( seperti perasaan dan naluri yang baik).Mereka juga harus menjadi ikutan dalam pencapaian akademik.
Pengawas dan Pustakawan juga perlu menjadi mata dan telinga guru semasa menjalankan tugas dan dilarang dari mengambil tindakan secara fizikal terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah.
Majlis diakhiri dengan bacaan ikran yang diketuai oleh sdr.Muhammad bin Baharudin selaku Ketua Pengawas.
Tuesday, January 19, 2010
Taklimat Head-count dan zoom-A
Tanggal 16 Januari,seramai 15 orang guru dengan diketuai oleh Guru Besar telah menghadiri taklimat tersebut yang diadakan di Restoran Lagenda,Kota Bharu.Taklimat telah diberikan oleh Mr.Lim ( Pengurus One-Touch Education Sdn.Bhd)bermula pada jam 8.30 pagi.
Apa yang membanggakan ialah peserta yang terlibat ini terdiri dari pentadbir ( GB dan semua PK )dan ketua-ketua panitia,setiausaha peperiksaan,guru emis-data dan penyelaras ICT sekolah. Semua peserta telah mengorbankan cuti hujung minggu semata-mata mendapatkan maklumat terkini yang boleh dilaksanakan dalam pengurusan sekolah dan dapat
meringankan beban guru-guru.
Setiusaha Peperiksaan dan Penilaian Sekolah,Encik Mohd Adnin b Yusoff yang telah bersoaljawab secara terperinci dengan penceramah berkaitan 'head-count'mengaku bahawa aplikasi yang ditawarkan amat mudah untuk dicapai serta boleh dipantau oleh semua pihak
samada pentadbir,PPD mahupun JPN.
Bagi ketua panitia pula,program zoom-A amat menarik dan efektif serta harga yang ditawarkan kepada pelajar amat murah dan mampu milik. Murid-murid cuma perlu diajar cara untuk akses selain dari mempunyai kemudahan internet di rumah masing-masing.
Kesemua peserta berpendapat tidak rugi hadir pada taklimat ini dan berhasrat supaya 'roadshow' ini dapat diadakan di peringkat sekolah untuk murid-murid dan ibubapa.

Monday, January 18, 2010
Suasana Perhimpunan Pertama 2010
Perhimpunan pertama sesi persekolahan 2010 telah diadakan pada 10 Januari lalu.
Pada tahun 2010 ini,Guru Besar telah membuat keputusan untuk menjalankan perhimpunan di Dewan Sri Dermin supaya murid-murid dapat mengikutinya secara selesa.
Antara agenda perhimpunan kali ini ialah membaca perutusan tahun baru dari Ketua Pengarah Pelajaran.Perhimpunan mingguan ini ditangguhkan pada minggu pertama bagi memberi laluan kepada proses suai-kenal murid-murid dengan sesi persekolahan tahun baru terutama kepada murid-murid tahun 1.
Tuan Guru Besar telah mengarahkan agar perhimpunan dapat dijalankan secara tepat, ringkas dan mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan.Semoga segala urusan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2010 dapat dijalankan dengan sempurna dan meningkatkan lagi prestasi sekolah secara keseluruhan.
Selamat Bertugas
Pihak sekolah mengalu-alukan dua orang guru yang bertukar masuk ke sekolah ini.
Guru tersebut ialah Encik Nik Rosli b Abdul Hamid (bertukar dari SK Kubang Kerian 3)
dan Puan Che Asmak bt Ab Rahman (dari SK Wakaf Stan).
Kita difahamkan mereka berdua merupakan guru yang amat komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa berusaha menjadi pendidik yang terbilang. Diharapkan 'bisa' tersebut tidak hilang dan dapat digunakan untuk menjadikan anak murid SKGD juga terbilang.
Wednesday, January 13, 2010
Pertukaran Puan Nor Azura bt Arifin
Sekolah telah kehilangan seorang guru yang dedikasi dan wibawa tinggi apabila Puan Nor Azura bt Ariffin telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas,Kota Bharu mulai 11 Januari,2010.
Cikgu Azura yang dikenali ramai ibubapa memulakan kerjaya sebagai guru pada 1 Februari,1998 di sekolah ini sebaik tamat pengajian di maktab perguruan. Pada 31 Disember,2003 beliau telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Semut Api,Kota Bharu setelah permohonan bertukar ke sekolah berhampiran rumahnya diluluskan.Pada masa itu dia menjalankan tugas sebagai Guru Pra Sekolah.
Namun kerana serasi dengan SKGD,pada 1 Januari,2005 sekali lagi beliau ditempatkan kembali ke sekolah ini.Kali ini bukan lagi sebagai Guru Pra Sekolah tetapi sebagai guru eTEMS pula.
Pada tahun lalu, sekali lagi Cikgu Azura memohon bertukar ke sekolah yang hampir dengan Taman Uda Murni(rumahnya). Dengan mengambil kira kesesakan lalu lintas pada waktu puncak (pagi) Guru Besar telah menyokong permohonan tersebut walaupun menyedari akan kehilangan sumbangan beliau.
Akhirnya Cikgu Azura mendapat sekolah yang diidamkan.Sek,Keb,Tanjong Mas terlalu hampir dengan rumahnya.Tak perlu melintasi sebarang 'traffic-light' malah enjin kereta pun tak sempat panas. Alangkah bertuahnya Cikgu Azura.
Antara sumbangan dia di SKGD ialah memulakan kelas pra sekolah. Diucapkan selamat bertugas di tempat baru dan teruskan sumbangan cemerlang anda di sana. Terima kasih atas sumbangan anda selama di sini.

Tuesday, January 12, 2010
Unit PSS Mengorak Langkah
Unit Pusat Sumber Sekolah yang diketuai oleh Puan Ruzaini bt Ab Sattar telah memulakan kerja di tahun baru ini dengan mengadakan Bengkel Pengurusan PSS pada hari Sabtu lalu,10 Januari,2010.
Bengkel sehari itu dimulakan dengan taklimat oleh beliau berkaitan Peraturan PSS dan penjelasan terperinci mengenai peranan dan tugas pustakawan.Kemudian pembantu beliau,Puan Normazni bt Hamzah memberikan ceramah mengenai sistem pengkelasan buku,peraturan meminjam dan memulangkan buku serta sistem denda lewat memulangkan buku.
Selepas sesi tersebut,para pustakawan dan penyelaras PSS telah berganding bahu menyusun kembali buku-buku pada rak-rak yang telah ditetapkan.
Menurut Puan Normazni,buku-buku tersebut telah dikosongkan dari rak pada hujung tahun 2009 untuk tujuan mengira stok,memeriksa keadaan buku dan menjalani proses pembaikan buku jika didapati rosak.
Kehadiran pustakawan adalah secara sukarela dan telah mendapat keizinan ibubapa mereka masing-masing. Bengkel sehari itu terasa amat singkat namun hampir keseluruhan buku dapat diletakkan kembali pada rak yang telah ditetapkan.PSS telah menetapkan sasaran untuk mendapat taraf cemerlang pada tahun 2011 dan menjadi PSS Prestasi Tinggi pada 2012 kelak.
Monday, January 11, 2010
Suasana Hari Pertama Persekolahan 2010
Segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Tidak ada tangisan atau ragam kanak-kanak prasekolah yang memeningkan kepala ibubapa hatta guru.Mungkin mereka terlalu 'excited' mahu bersekolah dan bangga dengan segala yang baru di tubuh badan mereka.Sejak awal pagi lagi mereka sanggup ke kelas tanpa ditemani ibubapa. Kita tabik kepada kanak-kanak prasekolah tahun ini.
Kita harapkan situasi ini akan berkekalan. Pemantauan pentadbir sekolah mendapati minat mereka amat tinggi dan berani berada di dunia baru. Melihat raut wajah mereka kita menjangkakan satu cabaran kepada guru prasekolah sekiranya gagal memberi pendedahan yang secukupnya.
Guru-guru dan pembantu prasekolah juga bersedia dan bersemangat dengan keadaan ini.Mereka memulakan proses pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja loceng dibunyikan. Syabas dan tahniah buat semua di prasekolah.
Taklimat Pra Sekolah 2010
Sabtu,2 Jan,2010- 8.45 pagi telah diadakan taklimat mengenai persekolahan prasekolah bagi sesi 2010. Menurut Puan Hajah Siti Khadijah bt Abdullah
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), sekolah ini amat bertuah kerana mempunyai 2 buah kelas prasekolah dengan bangunan dan kelengkapan masing-masing.
Tahun ini seramai 50 orang murid telah terpilih dan pihak sekolah mengamalkan pemilihan terbuka dengan memberi borang permohonan kepada semua kanak-kanak yang mendaftar persekolahan tahun berkaitan. Keutamaan pemilihan ialah kepada mereka yang menghantar dahulu borang permohonan dengan mengambil kira beberapa kriteria seperti jumlah pendapatan ibubapa,jarak ke sekolah serta tiada kemudahan prasekolah lain di tempat tinggal.
Masa persekolahan juga berubah di mana kelas akan bermula jam 7.40 pagi dan dilanjutkan sehingga 12.30 tengahari manakala sistem pengajaran juga akan menggunakan dwi-bahasa dalam kadar 50:50
Penolong Kanan HEM juga meminta ibubaba yang bertuah agar dapat memastikan kehadiran anak-anak diberi perhatian serius disamping meminta mereka dapat mengambil anak-anak sebaik kelas berakhir. Ini bagi mengelakkan anak-anak rasa jemu berada lama di sekolah di samping tidak mengganggu pembelajaran kelas biasa.
Menjadi harapan sekolah agar kanak-kanak prasekolah ini tidak tercicir dan seterusnya mampu menguasai 2M dengan jayanya.Biarlah kanak-kanak prasekolah menjadi contoh bila berada di tahun 1 pada 2011 kelak.
Puan Hajah Siti Khadijah sedang memberi taklimat
Guru-Guru dan Pembantu Pra Sekolah
Ibubapa yang hadir
Sesi pendaftaran di kelas pra

Saturday, January 9, 2010
Taklimat dan Pendaftaran Tahun 1-2010
Taklimat dan Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah bagi sesi persekolahan 2010 telah diadakan pada 2 Januari lalu. Taklimat telah dijalankan serentak di dua tempat berasingan.
Tuan Guru Besar telah memberi taklimat kepada ibubapa/penjaga murid-murid Tahun 1 manakala untuk murid-murid Pra Sekolah, taklimat disampaikan oleh Puan Hajah Siti Khadijah bt Abdullah,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Untuk murid-murid Tahun 1,pihak sekolah akan memberi tumpuan ke arah membasmi kadar ‘Buta 3M’. Menurut Encik Nawi bin Mohammad,pada zaman angkasawan Malaysia sendiri sudah sampai ke bulan,adalah amat malang bila kadar ‘buta 3m’ masih tinggi di negara ini.
Cabaran besar dalam menghapuskan masalah ini yang dikenalpasti ialah kehadiran ke sekolah. Sehubungan dengan itu,beliau meminta kerjasama ibubapa memastikan anak-anak sentiasa hadir disamping memberi kerjasama mengukuhkan apa yang diajar di sekolah bila anak-anak kembali ke rumah.
Jika ada murid-murid yang masih gagal menguasai 3M dalam tempoh 3 bulan pertama,pihak sekolah akan merujuk mereka ke pihak hospital untuk dibuat kajian dari aspek kesihatan pula. Pihak sekolah tidak akan sewenang-wenangnya melabelkan murid tadi sebagai lembam.
Taklimat dari Guru Besar
Para ibu tekun mendengar
Sesi pendaftaran di kelas
Anak-anak mencuba tempat duduk

Subscribe to:
Posts (Atom)