Sabtu,2 Jan,2010- 8.45 pagi telah diadakan taklimat mengenai persekolahan prasekolah bagi sesi 2010. Menurut Puan Hajah Siti Khadijah bt Abdullah
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), sekolah ini amat bertuah kerana mempunyai 2 buah kelas prasekolah dengan bangunan dan kelengkapan masing-masing.
Tahun ini seramai 50 orang murid telah terpilih dan pihak sekolah mengamalkan pemilihan terbuka dengan memberi borang permohonan kepada semua kanak-kanak yang mendaftar persekolahan tahun berkaitan. Keutamaan pemilihan ialah kepada mereka yang menghantar dahulu borang permohonan dengan mengambil kira beberapa kriteria seperti jumlah pendapatan ibubapa,jarak ke sekolah serta tiada kemudahan prasekolah lain di tempat tinggal.
Masa persekolahan juga berubah di mana kelas akan bermula jam 7.40 pagi dan dilanjutkan sehingga 12.30 tengahari manakala sistem pengajaran juga akan menggunakan dwi-bahasa dalam kadar 50:50
Penolong Kanan HEM juga meminta ibubaba yang bertuah agar dapat memastikan kehadiran anak-anak diberi perhatian serius disamping meminta mereka dapat mengambil anak-anak sebaik kelas berakhir. Ini bagi mengelakkan anak-anak rasa jemu berada lama di sekolah di samping tidak mengganggu pembelajaran kelas biasa.
Menjadi harapan sekolah agar kanak-kanak prasekolah ini tidak tercicir dan seterusnya mampu menguasai 2M dengan jayanya.Biarlah kanak-kanak prasekolah menjadi contoh bila berada di tahun 1 pada 2011 kelak.
Puan Hajah Siti Khadijah sedang memberi taklimat
Guru-Guru dan Pembantu Pra Sekolah
Ibubapa yang hadir
Sesi pendaftaran di kelas pra
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment