Monday, January 11, 2010
Suasana Hari Pertama Persekolahan 2010
Segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Tidak ada tangisan atau ragam kanak-kanak prasekolah yang memeningkan kepala ibubapa hatta guru.Mungkin mereka terlalu 'excited' mahu bersekolah dan bangga dengan segala yang baru di tubuh badan mereka.Sejak awal pagi lagi mereka sanggup ke kelas tanpa ditemani ibubapa. Kita tabik kepada kanak-kanak prasekolah tahun ini.
Kita harapkan situasi ini akan berkekalan. Pemantauan pentadbir sekolah mendapati minat mereka amat tinggi dan berani berada di dunia baru. Melihat raut wajah mereka kita menjangkakan satu cabaran kepada guru prasekolah sekiranya gagal memberi pendedahan yang secukupnya.
Guru-guru dan pembantu prasekolah juga bersedia dan bersemangat dengan keadaan ini.Mereka memulakan proses pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja loceng dibunyikan. Syabas dan tahniah buat semua di prasekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment