Tuesday, January 12, 2010

Unit PSS Mengorak Langkah





Unit Pusat Sumber Sekolah yang diketuai oleh Puan Ruzaini bt Ab Sattar telah memulakan kerja di tahun baru ini dengan mengadakan Bengkel Pengurusan PSS pada hari Sabtu lalu,10 Januari,2010.

Bengkel sehari itu dimulakan dengan taklimat oleh beliau berkaitan Peraturan PSS dan penjelasan terperinci mengenai peranan dan tugas pustakawan.Kemudian pembantu beliau,Puan Normazni bt Hamzah memberikan ceramah mengenai sistem pengkelasan buku,peraturan meminjam dan memulangkan buku serta sistem denda lewat memulangkan buku.

Selepas sesi tersebut,para pustakawan dan penyelaras PSS telah berganding bahu menyusun kembali buku-buku pada rak-rak yang telah ditetapkan.

Menurut Puan Normazni,buku-buku tersebut telah dikosongkan dari rak pada hujung tahun 2009 untuk tujuan mengira stok,memeriksa keadaan buku dan menjalani proses pembaikan buku jika didapati rosak.

Kehadiran pustakawan adalah secara sukarela dan telah mendapat keizinan ibubapa mereka masing-masing. Bengkel sehari itu terasa amat singkat namun hampir keseluruhan buku dapat diletakkan kembali pada rak yang telah ditetapkan.PSS telah menetapkan sasaran untuk mendapat taraf cemerlang pada tahun 2011 dan menjadi PSS Prestasi Tinggi pada 2012 kelak.

No comments:

Post a Comment