Unit Kurikulum telah merangka satu pelan tindakan strategik iaitu membuat pemeriksaan buku latihan murid pada setiap kali Ujian Bulanan Berkala diadakan.Tindakan ini dibuat untuk memastikan semua hasil kerja murid disemak oleh guru subjek dan mematuhi cadangan dan saranan pihak jabatan,disamping amalan pedagogi yang betul dilaksanakan oleh semua guru dan murid.
Untuk pemeriksaan kali pertama ini,Guru Besar telah memberikan penurunan kuasa(empowerment) kepada Ketua Panitia untuk membuat semakan dan cadangan yang perlu disamping Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sendiri turut bersama-sama meneliti hasil kerja murid dan guru.
Selain itu,pemeriksaan ini dijadualkan sebegini dengan tujuan menghindarkan gangguan atau tergendalanya pembelajaran murid sekiranya buku latihan mereka dikutip semasa hari persekolahan biasa.Ketua Panitia yang terlibat juga dikecualikan dari mengawas ujian di kelas supaya mereka dapat memberikan fokus sepenuhnya.
Jadual pemeriksaan adalah seperti berikut :
22 Februari,2010 : Subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeri
23 Februari,2010 : Subjek Sains dan Matematik
24 Februari,2010 : Subjek Pendidikan Agama Islam dan J-Qaf
Semua ketua panitia telah memungut lima buah buku latihan sebagai bahan pemeriksaan.
Guru Besar berharap sebarang penemuan adalah positif dan membina.
GB bersama Pn Siti Maryam(KP-BM) dan Pn Hazian(KP-English)
Pn Hjh Amnah (KP-PAI)
Ustaz Mohd Faisal(KP-JQaf)
Pn Asiah(KP-Matematik)
PK(P) dan Pn Maimunah(KP-Sains)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas dan tahniah!
ReplyDeletesebab dapat mengorak langkah lebih baik dalam memastikan prestasi pelajar terjamin dengan cemerlang.