Esok seluruh masyarakat Tionghua akan merayakan tahun baru mereka.
Apa yang kita faham,sambutan ini amat bermakna kepada mereka kerana segala persiapan hari ini akan menentukan untung nasib mereka sepanjang tahun akan datang.
Pada tahun 2010,bermula 14 Febuari,merupakan hari pertama kalendar tahun harimau.Kitaran tahun berdasarkan haiwan akan berlangsung untuk 12 tahun. Sambutan bermula dengan makan malam hidangan 'yee-sang'dan kueh bakul.Seluruh ahli keluarga akan berkumpul bersama. Manakala rumah mereka pula akan dihiasi dengan buah limau sebagai simbol rezeki beserta bunga dan pokok limau.
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinan bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.
Sesuai dengan budaya hidup kita yang berbagai bangsa dan adat terutama konsep 1 Malaysia maka kita juga boleh memeriahkan sambutan mereka ini.Petempatan masyarakat Tionghua yang hampir dengan sekolah kita ialah Kampung Pasir Ara dan Taman Puteri Lagenda,amat eloklah jika kita berkunjung ke rumah mereka esok.Sama-sama kita zahirkan kemesraan dan kekalkan suasana harmoni. Untung-untung bagi anak-anak kita akan dapat 'ang-pow'.
Saturday, February 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment