Monday, February 1, 2010

Tawaran ke Tingkatan 1 MRSM

Tahniah dan sekalung penghargaan kepada pelajar-pelajar UPSR 2009 berikut kerana mendapat tawaran ke MRSM. Semakan yang dibuat oleh beberapa orang guru mendapati seramai 5 orang pelajar yang terpilih.

1. Wan Amirul Arif b Wan Mustapha - MRSM Pengkalan Hulu,Perak
2. Mohd Haris Imran bin Mat Lazim - MRSM Pendang,Kedah
3. Nor Shazniza bt Mustaffa - MRSM Langkawi,Kedah
4. Mohd Hazim b Abdul Aziz - MRSM Balik Pulau,Pulau Pinang
5. Mohd Azlan bin Awang Yah - MRSM Gerik,Perak

Walaupun tawaran ini agak jauh,namun mereka harus bersyukur kerana penilaian pihak MARA memihak kepada mereka. Bilangan ini merupakan sejarah kepada sekolah ini dan kalau dibandingkan dengan SBP, bilangan ini amat besar.

Secara peribadi saya mengharapkan mereka tidak menolak mentah-mentah tawaran ini. Cekalkan hati,tekadkan azam,buktikan SKGD juga boleh menghasilkan pelajar terbilang dan bersedia merebut sebarang peluang yang terhidang demi mencapai hasrat dan impian selama ini. Sekiranya tawaran ini adalah barang dagangan, saya percaya esok akan ada orang yang sanggup membeli tempat yang ditawarkan kepada anda.Namun tawaran ini tidak boleh digalang ganti,maka andalah yang harus menerimanya. Ingat bagaimana susahnya kita mendapatkan borang permohonan dahulu,dalam hujan lebat dan mengharung air paras buku lali di Pejabat MARA Bachok,Kota Bharu dan lain-lain tempat.Kenapa harus mengalah,sedangkan perjalanan ke MRSM tersebut hanya sekitar lima hingga tujuh jam sahaja.

Kepada mereka ini, sekiranya ragu-ragu untuk menerima tawaran, datanglah ke SKGD dan bersama kita rungkaikan masalah dan perasaan was-was anda. Guru-guru SKGD bersedia membantu anda dalam semua aspek.

Tahniah dan selamat menempuh alam persekolahan MRSM.

2 comments:

  1. salam..
    kpd junior2..
    btul tuh...pegi dulu..jgn tolak mentah2..kang menyesal seumur hidup...
    brpgglah kpd pribahasa ni..
    "berakit2 ke hulu,berenang2 ke tepian,bersakit2 dahulu,bersenang2 kemudian"
    dalam era fastraxx nih,kte x bleh jgka wuts ahead waitin 4 us..
    mgkin baik @ buruk..
    so..ap yg trmampu ialah mmbuat persediaan..
    n being on of da MARArian,ur so lucky!

    ReplyDelete
  2. ha...dengar nasihat kak nani...tak kurus pun kalu gi ngaji jauh

    ReplyDelete