Wednesday, September 18, 2013

Selamat Bertukar

Guru Besar,Encik Nawi bin Mohammad akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Islah,Kota Bharu. Pertukaran ini berkuatkuasa pada 1.9.2013.Beliau memaklumkan akan berada di sekolah ini sehingga 24.9.2013 untuk menyelesaikan urusan yang berkaitan penyerahan tugas. Cikgu Nawi mula bertugas di sekolah ini pada 16.7.2002.Perkhidmatan beliau selama 11 lebih telah membawa banyak perubahan. Antara kejayaan yang ketara ialah pencapaian terbaik UPSR pada 2011 di mana seramai 30 orang telah mencapai pencapaian 5A.Beliau juga bertanggungjawab menerima bangunan baru ini dan membangunkan sekolah dengan prasarana yang tersergam seperti hari ini. Marilah kita mendoakan agar Cikgu Nawi dapat meneruskan tugas dengan lebih cemerlang lagi di sekolah baru. Terima kasih,cikgu.

Tuesday, September 10, 2013

Memohon Restu Illahi...

Tanggal 6 September,2013 ,pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru dan Jawatankuasa Peningkatan UPSR telah mengadakan solat hajat untuk semua calon. Majlis bermula jam 7 petang dimulakan dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haji Baharudin(AJK PIBG). Kemudian diikuti dengan solat hajat(diimamkan oleh Tok Guru Ayah Mat dari Pondok Terusan Limbat) dan bacaan yasin. Majlis berakhir dengan solat Isya' dan sedikit jamuan ringan. Semoga usaha murni ini akan diredhai Allah dan usaha kita berhasil,In Sya Allah

UPSR 2013

Seramai 141 calon sekolah ini akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah selama 3 hari bermula hari ini 10 September, 2013 hingga 12 September,2013. Sekolah mensasarkan lebih dari 32 orang akan mendapat pencapaian 5A. Sama-sama kita berdoa agar sasaran ini tercapai.