Friday, February 18, 2011

"Selamat Bersara Kak Jah....."






20 Januari,2011 merupakan hari terakhir Puan Hajjah Siti Khadijah bt Abdullah berkhidmat di sekolah ini.Beliau yang mesra dengan panggilan Kak Jah merupakan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang cemerlang di sisi Guru Besar,guru-guru, kakitangan dan murid-murid.

Seorang yang amat mudah untuk didekati dan berurusan.Sebut apa sahaja perkara berkaitan sekolah,dia akan ambil tahu dan melupakan segala protokol atau 'red tape' dan akan diselesaikan dalam kadar segera dan memuaskan hati semua.

Kak Jah pernah ke rumah murid yang tidak hadir ke sekolah. Malah dia sanggup naik ke rumah dan mengejutkan murid dari tidur serta sabar menunggu murid mengenakan pakaian untuk dibawa ke sekolah.

Pernah satu ketika,Kak Jah memandikan murid yang culas untuk menyertai kelas Skim Baucer Tuisyen sebagai usaha meningkatkan minat mereka.

Seorang Penolong Kanan HEM yang tidak lokek dalam mengeluarkan tenaga dan wang ringgit demi menjayakan aktiviti sekolah.Beliau akan mengeluarkan wang sendiri sebagai pendahuluan untuk memastikan aktiviti tidak tergendala.


Sesungguhnya SKGD akan terasa kehilangan seorang ibu,guru,rakan seperjuangan malah motivator kepada guru-guru muda.

Program Kelas Tuisyen Malam

Rujukan Kami : 06 / 13 Jld.B( 40 )
Tarikh : 12 Februari,2011

Ke Majlis,
Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 6 /2011,
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin.

Tuan / puan

KELAS TUISYEN MALAM 2011

Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan mengenai perkara di atas.

2. Program ini akan bermula pada 19 Februari,2011 mulai jam 8.15 hingga 9.45 malam. Murid-murid yang terlibat adalah murid Tahun 6 sahaja.

3. Persatuan akan mengenakan bayaran sebanyak RM 35.00 sebulan selama
tempoh 6 bulan ( Februari hingga September 2011) bersamaan dengan RM 210.00 .
Tuan / puan digalakkan membuat bayaran secara sekali gus.

4. Sukacitanya dimaklumkan bahawa anak tuan / puan tidak dipaksa menyertai
menyertai program ini.Konsep kelas Tuisyen ini adalah berbayar.Hanya mereka yang sanggup membayar yuran sahaja layak menyertai kelas ini.

5. Murid –murid yang berminat menyertai kelas ini bolehlah membuat pendaftaran dan pembayaraan kepada :

Puan Hazian bt Ibrahim
Penyelaras Kelas Tuisyen Malam
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin,Kota Bharu.

6. Jadual lengkap kelas tuisyen akan diberi semasa pelancaran program ini kelak.
Sebarang kekeliruan bolehlah dirujuk kepada guru kelas masing-masing.

Sekian , terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Yang menjalankan tugas,

( AMRAN BIN CHIK )
Setiausaha Agung PIBG
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin,Kota Bharu.

* Kelas bercuti sepanjang bulan Ramadhan
** Tarikh UPSR : 13-15 .0.11