Friday, February 18, 2011

"Selamat Bersara Kak Jah....."






20 Januari,2011 merupakan hari terakhir Puan Hajjah Siti Khadijah bt Abdullah berkhidmat di sekolah ini.Beliau yang mesra dengan panggilan Kak Jah merupakan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang cemerlang di sisi Guru Besar,guru-guru, kakitangan dan murid-murid.

Seorang yang amat mudah untuk didekati dan berurusan.Sebut apa sahaja perkara berkaitan sekolah,dia akan ambil tahu dan melupakan segala protokol atau 'red tape' dan akan diselesaikan dalam kadar segera dan memuaskan hati semua.

Kak Jah pernah ke rumah murid yang tidak hadir ke sekolah. Malah dia sanggup naik ke rumah dan mengejutkan murid dari tidur serta sabar menunggu murid mengenakan pakaian untuk dibawa ke sekolah.

Pernah satu ketika,Kak Jah memandikan murid yang culas untuk menyertai kelas Skim Baucer Tuisyen sebagai usaha meningkatkan minat mereka.

Seorang Penolong Kanan HEM yang tidak lokek dalam mengeluarkan tenaga dan wang ringgit demi menjayakan aktiviti sekolah.Beliau akan mengeluarkan wang sendiri sebagai pendahuluan untuk memastikan aktiviti tidak tergendala.


Sesungguhnya SKGD akan terasa kehilangan seorang ibu,guru,rakan seperjuangan malah motivator kepada guru-guru muda.

No comments:

Post a Comment