Tuesday, May 24, 2011

SK Gong Dermin dalam 'facebook'

Admin telah membuka satu akaun dalam laman 'Facebook' dengan tujuan menyebarkan maklumat semasa berkaitan sekolah.

Kita menyedari bahawa medium yang rancak masakini ialah 'facebook' dan ianya banyak menarik pembaca blog beralih medium. Jadi pihak admin merasakan perlu merebut peluang dan memaksimakan perkembangan teknologi ini.

Adalah diharapkan agak rakan 'fb' tidak akan menggunakan laman ini dengan tujuan negatif atau propaganda lain. Biarlah ia membawa kebaikan dan kemajuan pendidikan di skgd.

Alamat di fb Ialah :Share this album with anyone by sending them this public link:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.103082176449833.6817.100002441531169&l=20acb8e40b
atau cari : sk gong dermin

Wednesday, May 4, 2011

Perhatian Untuk Para Dermawan (terutama murid tua sekolah ini)

Sekaranglah masanya untuk anda memberi derma.
Kami amat terdesak dan tanpa segan merayu derma ikhlas dari tuan/puan.
Semua ini dilakukan demi kejayaan anak-anak kita di bumi Gong Dermin ini....InsyaAllah!

( Kepala Surat PIBG )

Ruj. Kami : SKGD 100-9/4 (03)
Tarikh : 7 April,2011
Kepada,

Para Dermawan Yang Budiman,

Tengku/Dato’/Datin/Yang Berhormat/Tuan/Puan/Encik/Cik ,

RAYUAN SUMBANGAN TABUNG PENINGKATAN AKADEMIK
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sudah menjadi kelaziman PIBG membelanjakan lebih dari RM 7,000.00 setahun untuk membiayai pelbagai aktiviti peningkatan akademik terutamanya dalam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Perbelanjaan tersebut telah mendatangkan hasil dengan adanya peningkatan kelulusan am dan kecemerlangan setiap tahun,Alhamdulillah.

3. Pada tahun ini persatuan telah menghadapi jalan buntu ekoran tabung sudah kehabisan dana dan usaha untuk menambah tabung melalui pungutan derma jogathon tidak mendapat kelulusan jabatan kerana mematuhi surat pekeliling yang melarang pelajar bawah 16 tahun mengadakan sebarang aktiviti memungut derma.

4. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa pada 28 Mac,2011 telah memutuskan untuk mengedar surat rayuan ini sebagai jalan terakhir untuk memohon sumbangan derma dari Tengku/Dato’/Datin/Yang Berhormat/Tuan/Puan/Encik /Cik terutama bekas pelajar sekolah ini supaya aktiviti peningkatan UPSR tahun 2011 dapat dijalankan dengan jayanya.

5. Derma boleh disalurkan kepada :

Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin

Nombor Akaun : 03018010028980 (Bank Islam Malaysia Berhad)


6. Keprihatinan Tengku/Dato’/Datin/Yang Berhormat/Tuan/Puan/Encik /Cik akan membantu persatuan dalam menjayakan agenda peningkatan akademik sekolah ini. Semoga Allah memberkati rezeki Tengku/Dato’/Datin/Yang Berhormat/Tuan/Puan/Encik /Cik. InsyaAllah.

“ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ”

Yang memohon,

( CHE ADINAN BIN HJ .ABDUL GHANI )
Yang DiPertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin,
Kota Bharu,Kelantan.

Kejohanan Skuasy MSS Kelantan

Pada 14-17 Februari lalu,pasukan skuasy sekolah telah menghantar seramai 4 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan untuk menyertai Kejohanan Skuasy MSS Kelantan yang diadakan di Pusat Skuasy MSSK Kota Bharu.

Kejohanan selama 3 hari itu telah menghasilkan 3 pingat gangsa untuk sekolah kita.
Mohd Aiman bin Nawi (Tahun 4A) telah menghasilkan pingat gangsa bagi kategori Bawah 12 Lelaki manakala Nursyarmimi bt Nor Hisyamuddin (Tahun 6A) dan Aida Sabirah bt Amran(Tahun 5A)juga membawa pulang pingat gangsa bagi kategori Bawah 12 perempuan.

Ketiga-tiga pemain ini juga mewakili pasukan Kelantan untuk ke Kejohanan Skuasy MSSM yang diadakan di Alor Star,Kedah.