Wednesday, May 4, 2011

Perhatian Untuk Para Dermawan (terutama murid tua sekolah ini)

Sekaranglah masanya untuk anda memberi derma.
Kami amat terdesak dan tanpa segan merayu derma ikhlas dari tuan/puan.
Semua ini dilakukan demi kejayaan anak-anak kita di bumi Gong Dermin ini....InsyaAllah!

( Kepala Surat PIBG )

Ruj. Kami : SKGD 100-9/4 (03)
Tarikh : 7 April,2011
Kepada,

Para Dermawan Yang Budiman,

Tengku/Dato’/Datin/Yang Berhormat/Tuan/Puan/Encik/Cik ,

RAYUAN SUMBANGAN TABUNG PENINGKATAN AKADEMIK
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sudah menjadi kelaziman PIBG membelanjakan lebih dari RM 7,000.00 setahun untuk membiayai pelbagai aktiviti peningkatan akademik terutamanya dalam menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Perbelanjaan tersebut telah mendatangkan hasil dengan adanya peningkatan kelulusan am dan kecemerlangan setiap tahun,Alhamdulillah.

3. Pada tahun ini persatuan telah menghadapi jalan buntu ekoran tabung sudah kehabisan dana dan usaha untuk menambah tabung melalui pungutan derma jogathon tidak mendapat kelulusan jabatan kerana mematuhi surat pekeliling yang melarang pelajar bawah 16 tahun mengadakan sebarang aktiviti memungut derma.

4. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa pada 28 Mac,2011 telah memutuskan untuk mengedar surat rayuan ini sebagai jalan terakhir untuk memohon sumbangan derma dari Tengku/Dato’/Datin/Yang Berhormat/Tuan/Puan/Encik /Cik terutama bekas pelajar sekolah ini supaya aktiviti peningkatan UPSR tahun 2011 dapat dijalankan dengan jayanya.

5. Derma boleh disalurkan kepada :

Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin

Nombor Akaun : 03018010028980 (Bank Islam Malaysia Berhad)


6. Keprihatinan Tengku/Dato’/Datin/Yang Berhormat/Tuan/Puan/Encik /Cik akan membantu persatuan dalam menjayakan agenda peningkatan akademik sekolah ini. Semoga Allah memberkati rezeki Tengku/Dato’/Datin/Yang Berhormat/Tuan/Puan/Encik /Cik. InsyaAllah.

“ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT ”

Yang memohon,

( CHE ADINAN BIN HJ .ABDUL GHANI )
Yang DiPertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin,
Kota Bharu,Kelantan.

No comments:

Post a Comment