Tuesday, December 29, 2009

KOMITMEN KITA - 3 JANUARI,2010

Tanggal 3 Januari,2010 maka bermulalah sesi persekolahan baru. Bagi yang ada anak baru mencapai 7 tahun pasti sedikit gundah. Mahukah anak kita berada di sekolah seperti abang atau kakak yang terdahulu atau perlu ditunggu??? Maka persiapkan mereka supaya emosi mereka mantap dan mahu bersekolah,ayah dan ibu tak perlu tunggu.Biar mereka berkata,"adik nak masuk kelas ni,ayah dan mak balik lah dulu".

Pihak sekolah sudah bersedia untuk semua keadaan pada hari itu. Komitmen kita jelas,iaitu:

" 1 MURID : 1 KERUSI,1 MEJA , 1 SET BUKU TEKS serta GURU MENGAJAR , MURID BELAJAR "

Diharapkan tidak ada lagi perkara remeh-temeh yang timbul kerana kita sudah menyediakan perkhidmatan jualan buku tulis selama 2 minggu dan agihan set buku teks sepanjang minggu lalu. Semua mesyuarat unit panitia , perancangan sekolah,guru dan kakitangan sudah diadakan. Tidak ada sebab lagi untuk kita menangguhkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru Besar berharap ibubapa dapat membereskan urusan pendaftaran anak-anak samada di tahun 1 atau prasekolah pada 2 Januari,2010 ini disamping menyeru semua guru untuk merealisasikan komitmen kita selaras dengan hasrat Yang Berhormat Menteri Pelajaran.

Tahun 2010- Azam dah harapan...

Setiap kali menjelang tahun baru ( Kel: naqnaq tahun )..pasti kita memikirkan apa azam untuk dicapai pada tahun mendatang.Kemudian kita merenung kembali 2009 yang hampir ditinggalkan,dah tercapai ke belum? Ada setengah orang pula tak kisah pun,capai ke tidak...remaja kata; "redah je.."

Yang utama kita harus sentiasa bersyukur dengan nikmat umur yang diberi untuk kita terus mengerjakan yang disuruh serta meninggalkan yang dilarang. Kemudian nikmat kesihatan,rezeki yang halal,masa yang afdal,ketenteraman,kemuliaan dan bermacam nikmat lagi. Alhamdulillah.

Kini kita dah pun jelas dengan azam kita. Sebagai penjawat awam,azam dan harapan kita hendaklah selari dengan saranan Perdana Menteri;"Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan".Tidak perlu menzahirkan azam yang bombastik dan 'sophisticated' sebaliknya realiti yang mampu dicapai.

Azam sebagai guru?? Saya sarankan agar azam tuan/puan biarlah selari dengan NKRA dan KPI kementerian dan jabatan. Yang paling utama ialah LINUS (Literasi dan Numerasi Sifar). Sama-samalah kita minimakan yang buta 2M atau 3M. Bila kadar buta ini minima tentu kerja buat kita akan mudah dan KPI akan tercapai.

Ayuh kita bulatkan tekad dan mulakan tahun baru ini dengan nawaitu yang paling murni.
Ketepikan prasangka buruk dan cantas segera jika ada rasa negatif dalam pemikiran masing-masing,tegur menegurlah secara berhikmah dan berhemah dengan niat yang ikhlas untuk meninggikan martabat kita semua.InsyaAllah kita mampu merealisasikan azam kita dan meletakkan SKGD sebaris dengan sekolah prestasi tinggi yang lain.

Sunday, December 27, 2009

Syabas..Che Nursyafiqah bt Che Othman (6C/06)

Berbaloi-baloi.... Kenal tak Che Nursyafiqah ?? Ingat betul-betul...
Bekas murid SKGD-Tahun 6 Cemerlang 2006. Setelah mendapat 5A dalam UPSR,pada mulanya agak kecewa juga bila tidak mendapat tawaran ke SBP atau MRSM.

Keputusan PMR baru-baru ini,dia telah mencapai kejayaan cemerlang,9A (straight A's).
Syafiqah menanam cabaran dalam dirinya sendiri untuk membuktikan bahawa dia juga seorang pelajar cemeralang. Sebaik mendaftar di SMK(A) Naim Lilbanat,dia telah mencabar dirinya untuk mencapai 9A. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar guru dan jadual belajar sendiri yang konsisten dia berjaya.

Lalu..kenapa harus ditonjolkan dia??? Ya lah, dia kan bekas SKGD dan yang tersirat ialah ingin diberitahu bahawa dia adalah anak cikgu sekolah ini juga... anak sulung Puan Noraini bt Hamid. Kalau nak dikira,masa untuk Puan Noraini mendampingi anaknya dalam menghadapi PMR jauh lebih sedikit berbanding memberi ilmu kepada murid-murid SKGD. Sebagai guru matematik tahun 6 dan juga guru disiplin,banyak masa yang diperuntukkan di sekolah. Tetapi dia tahu,kerja ikhlasnya pasti akan diberi ganjaran dan balasan baik oleh maha pencipta.

Maka kepada murid-murid,ibubapa mahupun guru-guru yang lain,buatlah kerja kita dengan jujur dan ikhlas,nescaya Allah tidak akan menghampakan kita. Sama-samalah kita doakan kejayaan cemerlang Che Nursyafiqah akan berterusan.

Tawaran ke SMK(Agama) 2010

Setakat hari ini 12 orang murid sekolah telah ditawarkan ke SMK(A).

1. Ainul Mardhiah bt Che Jawias - SMKA Tengku Amalin Aisyah Puteri,KB
2. Azam Al-Murshid b Hamdan - SMKA Falahiah,KB
3. Mohamad Zulhilme b Khairul Anuar - SMKA Falahiah,KB
4. Mohd Adib b Mohd Kanapiah - SMKA Wataniah,Machang
5. Muhamad Harith Imran b Mat Lazim - SMKA Tok Bachok,Bachok
6. Muhamad Nasri b Abdul Aziz - SMKA Tok Bachok,Bachok
7. Nik Nurul Fatini bt Shamsul Zuhairi - SMKA Naim Lilbanat,KB
8. Noorshazniza bt Mustapha - SMKA Tok Bachok,Bachok
9. Nurhidayah bt Mustapha - SMKA Tengku Amalin Aisyah Puteri,KB
10.Nurain bt Ahmad - SMKA Tengku Amalin Aisyah Puteri,KB
11.Nur Aliyaa Syafaa bt Khairuddin - SMKA Tengku Amalin Aisyah Puteri,KB
12.Nur Nadira Aiza bt Che Rani - SMKA Tengku Amalin Aisyah Puteri,KB

Tahniah buat mereka dan sila dapatkan dokumen tawaran di sekolah berkenaan. Jangan lupa bawa bersama slip tawaran (secara on-line @ dapatkan di pejabat SKGD),slip asal keputusan UPSR dan Kad Pengenalan.

Kepada murid-murid lain yang tidak mendapat tawaran, cepat-cepat buat rayuan. Borang ada di SKGD. Tarikh tutup rayuan ialah pada 28 Disember,2009
Peluang anda masih ada kerana kita difahamkan rakan-rakan anda juga mendapat tawaran ke Sekolah Rancangan Khas dan ada yang menolak tawaran ini.

Cepat dan sampaikan berita ini kepada rakan-rakan yang tidak mengunjugi blog sekolah.
Hari ini kita menolong orang...satu masa nanti orang akan tolong kita.InsyaAllah.

Wednesday, December 23, 2009

Mesyuarat Guru Kali 1/2010

Dimaklumkan bahawa mesyuarat ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 26 Disember,2009 ( SABTU )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan,Sek.Keb.Gong Dermin.

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

i. Ucapan dan perutusan Guru Besar
ii. Pengurusan Kurikulum 2010
iii.Pengurusan Hal Ehwal Murid 2010
iv. Pengurusan Kokurikulum 2010
v. Persiapan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2010
vi. Hal-hal lain

Semua guru diwajibkan hadir seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Perhatian dan kerjasama guru-guru amatlah dihargai.

Impian menjadi pilot...Tahniah!

Masih ingat tak..Amirul Azizi bin Mohd Azhar (ex-skgd)...
Nampaknya impian untuk menjadi pilot bakal menjadi realiti.Sama-samalah kita doakan agar Azizi cepat mendapat tawaran mana-mana syarikat penerbangan.InsyaAllah.

Amirul Azizi adalah anak kepada seorang guru sekolah ini,Puan Roseyati bt Zakaria.
Kita difahamkan ibubapanya membelanjakan lebih RM 150,000.00 semata-mata memenuhi impian anak sulung mereka. Mereka mendaftar anak mereka di Asia Pasific Flying Trainning di Pengkalan Chepa,Kelantan.

Azizi sudah pun dianugerahkan 'sayap penerbangan' namum masih perlu mencukupkan lagi 28 jam penerbangan solo sebagai syarat latihan dan amali.

Kepada pelajar SKGD dan ibubapa lain jadikankan pengorbanan Puan Roseyati sekeluarga ini sebagai motivasi dan sememangnya tiada jalan pintas untuk kejayaan.Hanya mereka yang mempunyai perancangan dan dedikasi sahaja mampu mendapat kejayaan seperti diidamkan. Tahniah buat Amirul Azizi dan juga kedua ibubapanya.

Friday, December 18, 2009

Tunggu saat akhir...

Pejam celik....pejam celik..dah seminggu kedai sekolah beroperasi.
Mengikut cikgu yang bertugas kat situ," tak berbaloi,boss". Kenapa??? "Sambutan kurang..."keluh mereka."Ibubapa nak tunggu saat akhir kot,baru nak buat berebut dan berpusu ke kedai sekolah".

Berdasarkan kutipan yang dapat sehingga petang khamis(semalam)hanya lebih kurang 3oo murid sahaja yang sudah membeli buku tulis. Maknanya lebih 500 orang lagi yang menuggu masa nak serbu kedai sekolah pada saat akhir.Kesianlah kat cikgu dalam kedai tu....mengorbankan hari cuti semata-mata membantu melicinkan urusan pembelian buku.

" Cikgu,ambo nak beli kat mydin,buleh tak?,tanya ibubapa.
" Pihak sekolah ada peraturan seragam kak..abang.Kita bukan jual buku ini kerana nak buat untung besar. Kita nak murid-murid ni kenal identiti sekolah,bangga dengan sekolah. Lagi pun banding pula kualiti kertas tu.." jawab saya.
Saya bercerita panjang,"pernah satu masa saya melihat kemalangan melibatkan murid sekolah.Lalu saya berhenti untuk membantu.Saya buka beg murid tersebut untuk memastikan murid sekolah mana...ya lah tak kan nak tanya murid yang koma tu.."
Nasib baik ada buku tulis sekolah. Dapat juga saya menghubungi cikgu mereka untuk membantu menghubungi ibubapa.

Jangan berkira sangatlah.... Kalau kedai ada untung pun,akhirnya disalurkan kepada kebajikan anak-anak kita pula.
Akhir kalam,minggu depan ada seminggu lagi kedai beroperasi,jomlah kita bereskan urusan buku tulis anak-anak. 2 Januari,2010 kedai tak akan dibuka.Cikgu-cikgu pun ada anak untuk diuruskan pendaftaran juga.
Manakala esoknya ( 3 Januari,2010 ) merupakan hari pertama persekolahan. Kita jangan sibuk nak beli buku pula....

Wednesday, December 16, 2009

Tawaran Ke Tingkatan 1 Tahun 2010 Sekolah Rancangan Khas JPN Kelantan

Alhamdulillah sehingga tarikh hari ini,seramai 14 orang murid Tahun 6/2009 telah ditawarkan ke sekolah tersebut(SRK). Senarai nama murid yang mendapat tawaran ialah :

1. Nur Aliya Syaffa' bt Khiruddin - SMK Zainab 1,KB
2. Nik Nurul Fatini bt. Shamsul Zuhairi - SMK Zainab 1,KB
3. Nor Shazniza bt Mustapha - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
4. Nur Ain Jannah bt Zahari - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
5. Ainul Mardhiah bt Che Jawias - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
6. Ain Salsabila bt Amran - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
7. Noor Atikah bt Abd Aziz - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
8. Anis Adleina bt Mohd Azhar - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
9. Noor Aifa bt Zulkifle - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
10.Nur Nadira Aiza bt Che Rani - SMK Dato' Ahmad Maher,KB
11.Azam Al-Murshid b Hamdan - Maktab Sultan Ismail,KB
12.Muhammad Nasri b Abd Aziz - Maktab Sultan Ismail,KB
13.Mohamad Zulhilmie b Khairul Anuar - Maktab Sultan Ismail,KB
14.Wan Amirul Arif b Wan Mustapa - Maktab Sultan Ismail,KB

Guru Besar mengucapkan tahniah kepada murid-murid tersebut dan menasihatkan mereka agar sentiasa menjaga prestasi akademik dan sahsiah yang cemerlang dan menjadi pelajar unggul di sekolah baru nanti.

Mereka juga diminta bersedia menerima alam persekolahan yang baru dan tidak ditimpa kejutan budaya. Jati diri yang dipupuk selama ini akan menjadi benteng yang kukuh buat murid-murid berkenaan.

Bagaimana pula dengan murid-murid lain? Guru Besar percaya tawaran lain akan menyusul samada SRK lain ataupun Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mahupun MRSM. Maklumat ini dapat disebarkan kerana surat tawaran mereka sampai di sekolah.

Kepada murid-murid lain diharap bersabar menunggu tawaran dan jika tercicir,peluang kedua mungkin ada terutama bila ada murid yang menolak tawaran ini.

Agihan Buku Teks Persekolahan 2010

Puan Hajjah Siti Khadijah bt Abdullah(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) menjelaskan bahawa agihan buku teks untuk semua murid akan dilakukan seperti jadual yang telah dimaklumkan sebelum ini.Berikut adalah tarikh berkaitan :

21.12.2009 : Tahun 2
22.12.2009 : Tahun 3
23.12.2009 : Tahun 4
24.12,2009 : Tahun 5


Unit SPBT telah menetapkan bahawa semua urusan ini akan dimulakan pada jam 8.30 pagi.
Murid-murid diminta mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan bagi memastikan urusan tersebut berjalan lancar.

Wednesday, December 2, 2009

Ujian Kelayakan SMKA/SABK 2010

Murid-murid yang telah mengisi borang ke SMKA / SABK untuk persekolahan 2010 dikehendaki menduduki ujian kelayakan yang akan diadakan pada
5 Disember,2009 (SABTU)jam 9.00 hingga 10.00
pagi
di pusat-pusat ujian yang ditetapkan oleh PPD.

Pihak sekolah sudah menerima tiket untuk calon-calon bawa semasa ke ujian tersebut.
Sila dapatkan tiket itu di pejabat sekolah esok ( 3 Dis,2009 ) pada waktu pejabat.

Kegagalan membawa tiket boleh menyebabkan calon dilarang dari memasuki dewan ujian.
Kebanyakan murid sekolah ini akan menduduki ujian di Sek Keb. Melor,Kg.Padang Raja,Kota Bharu.

Jika gagal hadir,calon tidak akan dipertimbangkan masuk ke SMKA / SABK.

Tolong panjangkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.

Tuesday, December 1, 2009

Pendaftaran Murid 2010

1. Pendaftaran Murid Tahun 1
2. Pendaftaran Murid Pra Sekolah
3. Pendaftaran Murid Tahun 2-6
4. Urusan Pertukaran Msuk dan Keluar

Bagi melicinkan urusan persekolahan sesi 2010 semua urusan tersebut akan dilakukan pada tarikh 2 Januari,2010 bermula jam 8.30 pagi.
Kaunter berasingan akan diwujudkan.

Pembelian alatulis dan buku-buku latihan boleh dibuat mulai 13 hingga 24 Disember,2009
jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sila patuhi tarikh dan masa tersebut. Kerjasama ibubapa akan melicinkan urusan persekolahan dan urusan pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.
" MURID DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN,GURU DIMULIAKAN"