Sunday, December 27, 2009

Syabas..Che Nursyafiqah bt Che Othman (6C/06)

Berbaloi-baloi.... Kenal tak Che Nursyafiqah ?? Ingat betul-betul...
Bekas murid SKGD-Tahun 6 Cemerlang 2006. Setelah mendapat 5A dalam UPSR,pada mulanya agak kecewa juga bila tidak mendapat tawaran ke SBP atau MRSM.

Keputusan PMR baru-baru ini,dia telah mencapai kejayaan cemerlang,9A (straight A's).
Syafiqah menanam cabaran dalam dirinya sendiri untuk membuktikan bahawa dia juga seorang pelajar cemeralang. Sebaik mendaftar di SMK(A) Naim Lilbanat,dia telah mencabar dirinya untuk mencapai 9A. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar guru dan jadual belajar sendiri yang konsisten dia berjaya.

Lalu..kenapa harus ditonjolkan dia??? Ya lah, dia kan bekas SKGD dan yang tersirat ialah ingin diberitahu bahawa dia adalah anak cikgu sekolah ini juga... anak sulung Puan Noraini bt Hamid. Kalau nak dikira,masa untuk Puan Noraini mendampingi anaknya dalam menghadapi PMR jauh lebih sedikit berbanding memberi ilmu kepada murid-murid SKGD. Sebagai guru matematik tahun 6 dan juga guru disiplin,banyak masa yang diperuntukkan di sekolah. Tetapi dia tahu,kerja ikhlasnya pasti akan diberi ganjaran dan balasan baik oleh maha pencipta.

Maka kepada murid-murid,ibubapa mahupun guru-guru yang lain,buatlah kerja kita dengan jujur dan ikhlas,nescaya Allah tidak akan menghampakan kita. Sama-samalah kita doakan kejayaan cemerlang Che Nursyafiqah akan berterusan.

No comments:

Post a Comment