Saturday, October 9, 2010

Perkhemahan Tahunan Unit Pakaian Seragam

9 Oktober: Bagaimana?Seronok?Mencabar?Letih?...ini adalah antara soalan yang diajukan pada anak-anak kita yang baru pulang dari perkhemahan tadi. Tentu ramai anak-anak yang berehat sakan(tidur) malah ramai juga yang 'jelepek' di atas sofa sejak balik tengahari tadi.

Perkhemahan tahunan yang bermula sejak hari khamis (7 Oktober,2010) dan berakhir jam 12.00 hari ini dilangsungkan di padang sekolah.Seramai 180 orang murid Tahap II menyertainya. Lima unit pakaian seragam yang terlibat ialah Pasukan Pengakap Kanak-Kanan,Tunas Kadet Remaja Sekolah,Pergerakan Puteri Islam Malaysia,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pasukan St.John Ambulans.

Seluruh warga guru dan staf sokongan dilibatkan disamping 10 orang fasilitator dari Jabatan Belia dan Sukan Kelantan berganding bahu menjayakannya.Berbagai aktiviti didedahkan kepada peserta seperti 'ice-breaking',orienteering,kemahiran ikatan,absaeling,aktiviti pandu-arah(kompas),masakan,persembahan dan ikhtiar hidup.

Rata-rata ramai peserta yang merasakan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi dan mereka amat teruja untuk mengambil bahagian dalam semua aktiviti tersebut.

Manakala guru dan staf sokongan tanpa jemu berganding bahu menyediakan masakan dan minuman untuk semua peserta dan fasilitator.Mereka berkampung di sekolah bagi memastikan peserta dapat menjalankan aktiviti secara menyeluruh.Guru Besar juga sentiasa datang bertanya khabar tentang kebajikan semua pihak dan menunjukkan sokongan dan keprihatinan beliau.

Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah kerana memberikan cuaca yang baik dan menjauhkan perkara yang tidak baik sepanjang perkhemahan berlangsung.Majlis penutup disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran yang mewakili Guru Besar pada
jam 11.00 pagi tadi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama para fasilitator jemputan.Semoga anda tidak serik untuk datang membantu pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment