Wednesday, July 20, 2011

Kem Kecemerlangan UPSR dan Rehat Minda 2011

Unit Peningkatan UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya mengadakan program tersebut pada 11-13 Julai,2011 bertempat di Gelora Beach Resort,Bachok,Kelantan.

Program 3 hari 2 malam itu dijalankan dengan pengisian program teknik menjawab dan beberapa aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang melibatkan penceramah jemputan dan fasilitator di kalangan guru sekolah ini.

Pemilihan tempat yang santai,penginapan yang selesa,aktiviti yang menarik minat serta makan minum yang teratur telah merangsang minat murid-murid untuk mengikuti program dengan jayanya. Apa yang membanggakan ialah penyertaan murid hampir 100% di mana hanya 2 orang murid yang tidak dapat menyertai program ekoran tidak mendapat kebenaran ibubapa.

Guru Besar telah menyempurnakan perasmian penutup dan beliau mencabar murid-murid untuk menghasilkan kejayaan yang berganda malah mesti mengatasi pencapaian lalu. Beliau juga berjanji untuk memberikan ganjaran kepada semua murid cemerlang kelak.





No comments:

Post a Comment