Sunday, May 9, 2010

Majlis Permuafakatan Ibubapa Calun UPSR 2010

Sudah menjadi kelaziman,Jawatankuasa Peningkatan UPSR mengadakan sesi perjumpaan dan dialog ibubapa-guru-pentadbir sebaik sahaja keputusan Ujian Bulanan Berkala(UBB) dikeluarkan.

Objektif utama program ini ialah untuk melaporkan kepada ibubapa tahap pencapaian dan prestasi setiap calun UPSR dan medan dialog ibubapa-guru-pentadbir tentang semua aspek berkaitan.

Majlis dimulakan pada 6 Mei lalu untuk Tahun 6 Anggerik,9 Mei(hari ini) untuk Tahun 6 Cempaka dan 10 Mei(esok) untuk Tahun 6 Kenanga dan 6 Mawar.Setiap murid akan duduk bersebelahan dengan ibubapa mereka di Bilik Gerakan dalam keadaan selesa dan agak lapang.

Pengisian program ialah :
- Ucapan dan pembentangan prestasi UBB April oleh Guru Besar
- Penerangan mengenai kekuatan dan kelemahan pelajar oleh guru subjek
kelas berkenaan
- Penyerahan Buku Pelaporan UBB Murid
- Sesi soal jawab dari ibubapa
- Menandatangani Buku Pelaporan UBB oleh ibubapa

Majlis ini agak berjaya walaupun tidak semua ibubapa dapat hadir dan ianya akan diteruskan untuk kali kedua pada bulan Jun nanti.

No comments:

Post a Comment