Wednesday, January 20, 2010

Perlantikan Pengawas dan Pustakawan






Pada 17 Januari,2010 lalu telah dilangsungkan Majlis Perlantikan Pengawas dan Pustakawan Sekolah . Majlis yang dianjurkan peringkat dalaman ini bermula pada jam 7.40 pagi dan disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Nawi bi Mohammad,Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Gong Dermin sendiri.

Semasa berucap,Tuan Guru Besar telah memberi peringatan dan nasihat kepada mereka agar menjadi 'role-model'murid yang terbaik dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain.Pengawas dan Pustakawan hendaklah menjadi contoh dan ikutan dalam berbagai sudut baik secara zahir (personaliti,tutur kata,tingkahlaku,cara berpakaian,menjaga adab dan tatasusila,dan lain-lain lagi) mahupun yang tersirat ( seperti perasaan dan naluri yang baik).Mereka juga harus menjadi ikutan dalam pencapaian akademik.

Pengawas dan Pustakawan juga perlu menjadi mata dan telinga guru semasa menjalankan tugas dan dilarang dari mengambil tindakan secara fizikal terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah.

Majlis diakhiri dengan bacaan ikran yang diketuai oleh sdr.Muhammad bin Baharudin selaku Ketua Pengawas.

No comments:

Post a Comment