Apa yang membanggakan ialah peserta yang terlibat ini terdiri dari pentadbir ( GB dan semua PK )dan ketua-ketua panitia,setiausaha peperiksaan,guru emis-data dan penyelaras ICT sekolah. Semua peserta telah mengorbankan cuti hujung minggu semata-mata mendapatkan maklumat terkini yang boleh dilaksanakan dalam pengurusan sekolah dan dapat
meringankan beban guru-guru.
Setiusaha Peperiksaan dan Penilaian Sekolah,Encik Mohd Adnin b Yusoff yang telah bersoaljawab secara terperinci dengan penceramah berkaitan 'head-count'mengaku bahawa aplikasi yang ditawarkan amat mudah untuk dicapai serta boleh dipantau oleh semua pihak
samada pentadbir,PPD mahupun JPN.
Bagi ketua panitia pula,program zoom-A amat menarik dan efektif serta harga yang ditawarkan kepada pelajar amat murah dan mampu milik. Murid-murid cuma perlu diajar cara untuk akses selain dari mempunyai kemudahan internet di rumah masing-masing.
Kesemua peserta berpendapat tidak rugi hadir pada taklimat ini dan berhasrat supaya 'roadshow' ini dapat diadakan di peringkat sekolah untuk murid-murid dan ibubapa.
No comments:
Post a Comment