Wednesday, January 13, 2010

Pertukaran Puan Nor Azura bt Arifin

Sekolah telah kehilangan seorang guru yang dedikasi dan wibawa tinggi apabila Puan Nor Azura bt Ariffin telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas,Kota Bharu mulai 11 Januari,2010.

Cikgu Azura yang dikenali ramai ibubapa memulakan kerjaya sebagai guru pada 1 Februari,1998 di sekolah ini sebaik tamat pengajian di maktab perguruan. Pada 31 Disember,2003 beliau telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Semut Api,Kota Bharu setelah permohonan bertukar ke sekolah berhampiran rumahnya diluluskan.Pada masa itu dia menjalankan tugas sebagai Guru Pra Sekolah.

Namun kerana serasi dengan SKGD,pada 1 Januari,2005 sekali lagi beliau ditempatkan kembali ke sekolah ini.Kali ini bukan lagi sebagai Guru Pra Sekolah tetapi sebagai guru eTEMS pula.

Pada tahun lalu, sekali lagi Cikgu Azura memohon bertukar ke sekolah yang hampir dengan Taman Uda Murni(rumahnya). Dengan mengambil kira kesesakan lalu lintas pada waktu puncak (pagi) Guru Besar telah menyokong permohonan tersebut walaupun menyedari akan kehilangan sumbangan beliau.

Akhirnya Cikgu Azura mendapat sekolah yang diidamkan.Sek,Keb,Tanjong Mas terlalu hampir dengan rumahnya.Tak perlu melintasi sebarang 'traffic-light' malah enjin kereta pun tak sempat panas. Alangkah bertuahnya Cikgu Azura.

Antara sumbangan dia di SKGD ialah memulakan kelas pra sekolah. Diucapkan selamat bertugas di tempat baru dan teruskan sumbangan cemerlang anda di sana. Terima kasih atas sumbangan anda selama di sini.

No comments:

Post a Comment