Sunday, April 11, 2010

Akhlak Mulia Penjana Kecemerlangan


Sabtu 10 April:Unit Peningkatan UPSR sekali lagi bergabung tenaga dengan Panatia Pendidikan Islam menjayakan Kem Bina Insan untuk tahun ini.Program sehari semalam bermula jam 8.00 pagi semalam yang diadakan di sekolah ini melibatkan tenaga dalaman dengan bantuan dari 16 orang ahli Alumni Maahad Muhammadi sebagai fasilitator.Seramai hampir 130 orang calun UPSR tahun ini mengambil bahagian.

Unit Peningkatan UPSR menaja semua perbelanjaan bagi program ini iaitu makan minum,peralatan,saguhati penceramah dan juga fasilitator. Program padat ini melibatkan hampir keseluruhan tenaga warga sekolah yang bertungkus-lumus berganding bahu dalam semua skop kerja bermula dengan memasak makan minum,menyelia program,menjadi penghubung dengan fasilitator-murid-ibubapa serta kawalan malam. Tiga orang guru perempuan bersama empat orang guru lelaki turut bermalam dengan berbantalkan lengan dan bertilamkan meja kelas.

Selain dari Latihan Dalam Kumpulan(LDK),program ini juga dilengkapkan dengan tiga ceramah utama yang disempurnakan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Rozaimi(Kauselor SMKA Falahiyah),Ustaz Haji Mohamad bin Abd Rahman(SK Pasir Hor) dan Ustaz Nik Mustapha b Nik Ya(SK Gong Dermin. Ceramah-ceramah tersebut amat menyentuh hati murid-murid sehinggakan ramai yang menitiskan airmata.

Perasmian penutup dilakukan oleh Encik Nawi bin Mohammad ,Guru Besar sekolah ini.
Beliau mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat terutama kepada fasilitator yang sanggup bermalam dengan murid-murid dalam kepanasan dan kesulitan bekalan air yang terganggu kerana kerosakan 'water-pump' namun masih memberikan sumbangan tahap maksimun tanpa menunjukkan raut wajah yang kecewa.Murid-murid juga dinasihatkan supaya menggunakan dan mengamalkan segala ilmu yang diterima dalam kehidupan seharian.

Majlis ditamatkan pada jam 1.00 petang. Sekali lagi "Jazakallahukhairankhatiraa" kepada warga SKGD yang terlibat terutama fasilitator dari Alumni Maahad Muhammadi.
Semoga kalian tidak serik untuk menyumbangkan tenaga pada masa akan datang,insyaAllah.




No comments:

Post a Comment