Friday, April 9, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform





Rabu;7 April : Unit Badan Beruniform sekolah telah mengadakan pertandingan kawad kaki yang telah disertai oleh lima buah pasukan.Pertandingan dilangsungkan sebaik sahaja tamat waktu persekolahan jam 1.10 petang.

Pasukan tersebut ialah Pengakap Kanak-kanak,Tunas Kadet Remaja Sekolah,Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pasukan St John Ambulans. Semua pasukan telah menunjukkan persembahan yang menarik dan panel pengadil agak sukar untuk menentukan pemenang.

Semasa pasukan kawad membuat persembahan, ahli-ahli pasukan yang lain mengambil bahagian dalam pertandingan menyediakan hidangan sarapan pagi.Walaupun mereka tidak dapat membuat persiapan rapi tetapi persembahan setiap pasukan amat bermutu.

Pemenang akan diumumkan semasa perhimpunan mingguan akan datang. Tahniah kepada semua peserta dan guru penasihat yang terlibat.Komitmen anda amat memberangsangkan dan diharap berterusan.

No comments:

Post a Comment