Friday, April 23, 2010

Miracle Plant ( Pokok Ajaib )


“ Cikgu,jom makan buah mangga putik ni,”pelawa seorang jururawat pergigian yang sedang menjalankan rawatan di bilik kesihatan pada satu awal pagi minggu lalu.
“ Terima kasihlah misi,ambo tak suko benda hok mase ni,kalu pauh mas itam atau siku raja buleh la..,” jawab saya secara sopan.
“ Tak masam eh….mari dulu,kita bawa penawar hok lawan masam,” beriya-iya misi tu ajak saya.
“ Ambo ni … buah asam masin pun…ambo makan sebutir sampai KL kalu sambil drebar keto..,”jelas saya menerangkan yang saya tak suka benda masam.
“Cikgu makan buah goni dua butir…pah tu makanlah gapa pun hok masam,gerenti jadi manis,”kata misi tadi sambil menghulurkan ‘buah ajaib’.

Atas keinginan mencuba dan saya pun makan buah ajaib yang sebesar kacang butir itu. Selang 30 saat kemudian saya makan hirisan mangga putik tadi.

“Wow…ajaib,” kata saya sambil diperhatikan oleh misi dan team pergigian mereka.

Saya pun bersoal panjang dengan misi itu tentang khasiat pokok ajaib. Katanya pokok tersebut senang tumboh tetapi agar sukar untuk berbuah lebat. Namun yang pasti setiap benda masam akan manis tanpa perlu dimakan dengan ‘colek’ atau jeruk.

Semalam , seorang murid lama saya hubungi melalui ‘facebook’ lalu kami ‘chating’ mengenai asam(kebetulan dia pelajar jurusan kesihatan di USM Kubang Kerian.Saya ceritakan tentang ‘buah ajaib’ tadi. Dia pun ‘googled’ di http://haimedjt.blogspot.com/2008/02/miracle-plant-pokok-ajaib.html


Anda ingin tahu khasiat dan rupa ‘pokok ajaib’. Sila layari alamat tersebut.
Sekarang saya sedang mencari pokok ini dan akan tanam di sekitar rumah saya.Bila berbuah anda adalah orang yang akan saya hadiahkan dua biji ‘buah ajaib’



Apakah Buah Ajaib itu sebenarnya?
Apakah sebenarnya buah ajaib itu? Kenapa disebut sebagai buah ajaib? Mungkin kita sering mendengar orang berbicara mengenai buah ajaib atau pokok ajaib atau miracle fruit dan ada juga yang menyebutnya miracle berry (Synsepalum dulcificum). Buah ajaib ini sebenarnya merupakan buah berry yang berasal dari Afrika Barat. Jika sudah matang warnanya berubah menjadi merah ranum. Buah berry ini tergolong buah yang unik dan ajaib karena buah berry ini mampu mengubah rasa asam maupun rasa pahit dilidah kita menjadi rasa manis. Ya benar rasa manis, itulah mengapa buah berry ini disebut orang sebagai buah ajaib / miracle fruit berry. Rasa dari buah berry ini sendiri hampir tidak berasa / sedikit manis.
Bagaimana prosesnya kenapa buah ajaib ini dapat mengubah rasa asam / pahit di lidah kita menjadi rasa manis? Hal ini terjadi karena buah ajaib ini mengandung sejenis protein yang disebut sebagai miraculin. Ketika daging buah ajaib berry ini kita makan, molekul dari protein miraculin ini akan mengubah lidah indra perasa menjadi sangat responsive terhadap rasa asam, sehingga menyebabkan semua makanan asam / pahit yang kita makan selanjutnya akan berasa manis. Hal penting yang patut diperhatikan adalah bahwa buah ajaib ini tidak merubah kandungan zat suatu makanan. Jika makanan yang kita makan tersebut adalah asam, maka makanan tersebut diperut tetap memiliki kandungan asam. Efek dari buah ajaib ini dapat bertahan selama 15-30 minutes.

Jadi dapat dibilang bahwa buah berry ini sebenarnya “menipu” lidah perasa kita, dengan mengubah rasa asam / pahit menjadi rasa manis. Apakah sebenarnya manfaat dari buah ajaib ini jika buah ini hanya mengubah indera perasa kita?

1 comment:

  1. Salam,
    Setiap ciptaan tuhan pasti ada rahsia dan manfaat yang tidak ternilai harganya...

    Antaranya, kini pengambilan buah ajaib ini telah dapat membantu pesakit setelah menjalani rawatan kemoterapi. Ini kerana , lazimnya pesakit akan hilang rasa & selera untuk makan, semua makanan terasa tawar . Namun , kesan pengambilan buah ajaib ini telah berupaya membantu menambah selera makan pesakit setelah rawatan.

    Terdapat pelbagai lagi rahsia & kelebihan lain buah ajaib ini yang pastinya ada di sebalik ciptaan Allah S.W.T. Fikir-fikirkanlah ...

    Pembekal - Teh Daun Manis Stevia

    Pembekal - Teh Daun Manis Stevia (Blogspot)

    Salam.

    ReplyDelete