Friday, April 16, 2010

Pertandingan Pidato DiRaja dan Bercerita

Nur Atiqah bt Ab Ghani (Johan Bercerita Tahap 2)
Peserta Bercerita Tahap 1
Panel Hakim bercerita
Penyampaian hadiah kepada Johan Bercerita Tahap 2
Naib Johan Pidato QIT Kota Jembal

14 April,: Sekali lagi sekolah kita diberi kepercayaan oleh QIT Kota Jembal untuk menjadi tuan rumah pertandingan tersebut. Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kategori berikut:

i. Pertandingan Pidato DiRaja Tahap 2
ii. Pertandingan Bercerita Tahap 2
iii.Pertandingan Bercerita Tahap 1

Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi dan dilangsungkan di dua bilik berasingan iaitu Auditorium Tayangan dan Bilik Gerakan.Seramai 6 orang pengadil dilantik dari kalangan sekolah dalam QIT bagi mengadili setiap kategori pertandingan.

Peserta bercerita SKGD Tahap 2 ,adik Nur Atiqah bt Abd Ghani (Tahun 4) telah menunjukkan bakat yang cemerlang dan dinobatkan Johan. Manakala adik Che Nur Shamiza bt Che Othman (Tahun6) telah menjadi Naib Johan bagi pertandingan Pidato.
Sementara peserta bercerita Tahap 1 pula sekadar mendapat saguhati.

Johan setiap kategori akan mewakili QIT ke pertandingan peringkat PPD Kota Bharu yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Noryah bt Mat Ajid (Penolong Kanan Kokurikulum)yang mewakili Guru Besar.

Sama-sama kita berdoa agar adik Nor Atiqah akan menunjukkan belangnya pada peringkat yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment