Tuesday, September 21, 2010

Selamat Berjaya Putera dan Puteri ku....






21 September,2010 : Hari ini adalah segalanya buat murid-murid Tahun 6 dan malah merupakan kemuncak dalam alam persekolahan sekolah rendah.Tinggi cita-cita mereka maka setinggi itulah harapan para guru di sekolah ini.

Semua calon akan memasuki Dewan Peperiksaan tepat jam 8 pagi. Pelbagai latihan dan pendedahan soalan sudah diberikan. Berbagai tips dan panduan malah buah kilas tidak kurang diajarkan.Sebut sahaja soalan percubaan negeri mana, bermula dari Utara dan terus melewati soalan negeri Sabah dan Sarawak.Semua sudah dibincangkan dan diperjelaskan.Kini terletak di tangan anda...

Pihak sekolah tidak pernah meragui kemampuan semua calon. Kita meletakkan harapan yang tinggi agar pencapaian tahun ini akan mengatasi pencapaian lalu dan seterusnya meletakkan sekolah dipersada sekolah elit di Kelantan.

Para calon diharapkan agar bertenang dan dapat menjawab dengan baik. Fikir dan pilih jawapan yang terbaik.Jika buntu...maka selawat dan tarik nafas sedalam-dalam.
Kami yakin anda mampu melakukan dan akan berjaya,InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment