Tuesday, March 2, 2010

Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas

Sabtu;27 Februari, Unit Hal Ehwal Murid (Badan Disipilin dan Pengawas) telah berjaya mengadakan Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas yang diadakan di Dewan Wawasan Sekolah.

Kem dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 ini menggunakan pengisian aktiviti ala kem motivasi kepimpinan lain. Cuma yang berbeza ialah dari segi tempoh penganjuran dan venue dalaman sahaja.

Penolong Kanan HEm ,Puan Hajah Siti Khadijah bt Abdullah ( Kak Jah ) menjelaskan bahawa unit beliau mengubah teknik tersebut pada tahun ini sesuai dengan konsep penjimatan.Pemilihan sekolah sendiri merupakan satu tindakan yang amat menjimatkan kerana tidak melibatkan sebarang sewaan atau saguhati lain yang perlu ditanggung oleh sekolah.

Aktiviti seperti 'ice-breaking,ceramah,latihan dalam kumpulan dan pembentangan masih diteruskan disamping solat berjemaah pada waktu zohor. Malah penceramah juga melibatkan guru bimbingan sekolah sendiri iaitu Encik Nik Rosli bin Abdul Hamid dengan dibantu oleh ahli jawatankuasa disiplin sekolah.

Kak Jah sendiri mengepalai beberapa orang guru dan kakitangan mengambil peranan sebagai penyedia makanan dan persegaran lain. Mereka telah menyising lengan untuk memastikan semua perancangan berjalan lancar.

Guru Besar semasa merasmikan majlis penutupan telah mengingatkan semua pengawas supaya menjadi contoh yang terbaik kepada semua murid-murid lain. Biar kawan-kawan menjadikan pengawas sebagai model dalam semua aspek seperti fe'el perangai,tuturkata,semangat belajar,kecemerlangan akademik dan juga sikap ringan tulang." Pengawas hendaklah sentiasa mengamalkan sikap proaktif dalam semua bidang terutama dari segi pengursan masa",tegas Encik Nawi.Beliau juga berjanji akan mengadakan kem kepimpinan siri lain jika keadaan ekonomi pulih dan mempunyai bajet secukupnya.

Majlis berakhir pada jam 5.30 petang.Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Penolong Kanan HEM mengikuti pembentangan kumpulan
AJK Disiplin mengagihkan makanan
PK(P) turut serta menyediakan makanan
Pengawas lelaki memberi perhatian serius
Pengawas perempuan tekun mendengar amanat

No comments:

Post a Comment