Friday, February 26, 2010

Keputusan STPM Yang Membanggakan Kita...

Semalam 25 Februari,telah diumumkan keputusan peperiksaan STPM dan hasilnya ialah kira-kira 92.55 peratus daripada 48,446 pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) tahun lalu lulus penuh berbanding 92.24 peratus daripada 46,306 pelajar pada tahun lalu.

Namun yang lebih penting ialah salah seorang pelajar yang terbaik di Kelantan ialah Tuan Siti Zulajma binti Tuan Ahmad, bekas murid sekolah kita. Bila diimbau kembali ingatan pada lapan tahun lalu.Ajma bukanlah seorang pelajar yang 'top' pada zaman tersebut.Kalau tak salah saya dia hanyalah berada di kelas ke 2 semasa darjah enam. Malah dalam Harian Metro hari ini beliau mengakui hanya mendapat 2A di peringkat SPM.

Kegigihan mentelaah pelajaran terutama selepas solat Subuh diserta dengan beberapa amalan harian lain iaitu solat berjemaah lima waktu,bacaan Yasin setiap malam dan solat hajat membantu Ajma mencapai kejayaan cemerlang.

Beliau bercita-cita menjadi guru dan kita akan menghubungi beliau untuk memberikan tips kepada murid-murid kita semua.Selamat berjaya Tuan Zulajma,teruskan memberi motivasi kepada adik-adik yang lain.Mereka juga ingin berjaya...Seluruh SKGD bangga dengan pencapaian mu dan kita tahu ianya terlalu perit.

No comments:

Post a Comment