Majlis bermula jam 7.00 petang itu diisi dengan beberapa agenda seperti :
i. Solat Maghrib berjemaah
ii.Majlis Solat Hajat
iii.Majlis Bacaan Yasin
iv.Tahlil
v.Solat Isyak berjemah
Guru Besar,Encik Nawi bin Mohammad dalam ucapan alu-aluan telah mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang hadir. Penyertaan ibubapa serta anak-anak pada malam itu memberikan gambaran bahawa harapan mereka amat tinggi dan ini adalah cabaran kepada semua pihak di sekolah ini.
Encik Nawi juga berkeyakinan hasrat murni ini akan tercapai dengan kerjasama dua pihak yang padu serta meminta mereka memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada tenaga pengajar di sekolah ini. Tiga aktiviti utama yang akan dimulakan pada 28 Febuari ini ialah Kelas Serambi ( kelas lanjutan selepas waktu persekolahan 1.10 hingga 3.10 petang), Kelas Tuisyen Malam ( 8.30 - 10.00 malam) dan Kelas Intensif Hujung Minggu
(setiap Sabtu jam 8.30 - 11.00 pagi). Dua aktiviti utama ini adalah wajib disertai oleh semua murid tahun 6 kecuali Kelas Tuisyen Malam yang berkonsepkan penyertaan terbuka kepada mereka yang berminat dan setuju membayar yuran sebanyak RM 30 sebulan.
Menurut beliau,ibubapa sebenarnya tidak perlu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen swasta luar kerana kepakaran guru sekolah ini sudah cukup untuk dijana kejayaan anak-anak. Sehubungan itu ibubapa diseru segera menjelaskan bayaran program ini supaya perancangan sekolah tidak tergendala.Amatlah rugi jika ada ibubapa yang menolak program ini kerana Guru Besar kerap menerima permohonan dari ibubapa sekolah lain untuk menyertai program ini seperti dari SR Islam Persendirian dan sekolah sekitar.Semua program di sekolah ini sudah cukup sekiranya diikuti secara berterusan.
Majlis yang diakhiri dengan jamuan ringan ini berakhir jam 9.30 malam. Kepada guru-guru ,gendang sudah dipalu,ayuh kita mulakan langkah. InsyaAllah kita akan jana lebih ramai 5A tahun ini.Semoga segala doa yang kita pohon dari Allah itu akan diberkati dan dipermudahkan segala usaha kita semua.Amin.
No comments:
Post a Comment