Thursday, February 4, 2010

Kelab Guru dan Staf 2010

Sekalung tahniah kepada Ustaz Nik Mustapha b Nik Ya (nama mesra Nik Pa) atas perlantikan sebagai Pengerusi Kelab Guru bagi sesi 2010. Pihak sekolah menganggap semua ahli telah membuat keputusan yang tepat memilih beliau untuk menerajui kelab.

Menurut Ustaz Nik Pa, beliau telah membuat rangka kasar beberapa aktiviti untuk sepanjang tahun ini. Mana mana aktiviti yang elok akan diteruskan manakala yang kurang popular akan diberi suntikan untuk penambahbaikan.

Semalam 3 Februari,2010 telah diadakan mesyuarat AJK kali 1/2010.Antara aktiviti yang telah mencapai kata sepakat ialah untuk mengadakan :

1. Majlis Sambutan Maulidul Rasul
2. Majlis Jamuan Pertukaran dan Selamat Datang
3. Makan Malam Tahunan
4. Hari keluarga SKGD
5. Lawatan Keluarga ke Cameron Highland
6. Majlis Qurban Perdana (Aidiladha ke2)
7. Bantuan Fakir Miskin
8. Agihan Zakat
9. Majlis Berbuka Puasa
10.Hadiah Hari Lahir
11.Ziarah jika ahli sakit atau uzur
12..................................

Kelab juga telah membuat keputusan untuk menambah kadar yuran sebanyak 50% dan Pengerusi berharap semua ahli dapat menerima segala keputusan ini secara berlapang dada. Sokongan semua akan membantu kejayaan kelab ini.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.

No comments:

Post a Comment