Tuesday, February 23, 2010

UBB 1/2010 Bermula



Semalam 22 Februari,2010 telah dijalankan Ujian Bulanan Berkala 1/2010 serentak di seluruh rendah sekolah Kelantan.Semua murid akan menduduki enam kertas ujian iaitu Bahasa Melayu(Penulisan dan Pemahaman,Bahasa Inggeris,Sains, Matematik dan Pendidikan Agama Islam. Soalan-soalan telah disediakan oleh panel yang dilantik oleh Majlis Guru Besar dan seragam di setiap daerah.

Menurut Guru Besar,ujian ini amat penting untuk dijadikan kayu pengukur tahap penguasaan murid sepanjang dua bulan pertama persekolahan.Selain itu markah yang diperolehi juga akan menjadi pengesahan samada TOV(Take-off Value)untuk Head-count tahun ini benar dan sah(valid).TOV untuk tahun ini didasarkan kepada markah Ujian Akhir Tahun 2009.

Penjadualan yang dibuat juga adil dan tidak memberi tekanan kepada murid-murid.Pada tahun-tahun lalu,semua mata pelajaran aliran Bahasa Inggeris diletakkan pada hari akhir dan ini memberikan tekanan dan rasa jemu kepada murid.Manakala agihan matapelajaran tahun ini agak seimbang di mana Matematik dijalankan hari ini manakala sains pula pada esok hari.

Selain itu,keputusan UBB Februari ini juga boleh melonjakkan atau menurunkan kedudukan murid dalam satu-satu kelas (streaming). Diharapkan selepas ini tidak ada mana-mana individu yang akan teraniaya kerana ini adalah janji Guru Besar dalam perjumpaan ibubapa pada tahun lalu dan juga merupakan sebahagian dari watak sekolah kita selama ini.

No comments:

Post a Comment