Saturday, February 20, 2010

The 7th Richest Man In Malaysia

Paparan muka hadapan Utusan Malaysia pada hari rabu 17 Februari,2010 amat mengujakan hati saya untuk mengetahuinya. Beliau adalah adalah orang Melayu sebangsa dengan kita.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukahri yang memiliki kekayaan sebanyak RM 6.01 bilion. Dalam Asia Tenggara pula berada pada kedudukan ke 32.

Kenapa saya teruja? Kerana usia beliau ialah 53 tahun dan masih lagi produktif dan tidak mustahil untuk terus meningkat.Bukan lulusan mana-mana universiti dan memulakan perniagaan pada usia 19 tahun.Perniagaan pun macam orang kampong juga iaitu menjual- beli lembu.

Apa yang lebih mengbuatkan saya kagum ialah beliau tidak lokek ( tidak kelorek lah tu.. )untuk menyumbang secara tetap setiap pendapatan beliau kepada badan-badan amal terutama Yayasan Al-Bukhari ( milik beliau sendiri ).
Dalam satu rencana yang pernah saya baca,beliau telah mendermakan separuh dari elaun beliau (RM 750.00) yang pertama sebagai pengarah syarikat beras manakala lagi separuh diberikan kepada ibunya untuk disimpan.Ini dibuat atas suruhan ibunya sendiri. Malah pada bulan ramadhan beliau akan menghantar lampu kerosen ( kita panggil lampu gasolen )untuk memudahkan masyarakat setempat menjalankan pengisian aktiviti sepanjang bulan ramadhan.

Zakat dan fitrah juga Tan Sri Mokhtar Albukhary keluarkan. Tetapi menurut beliau bukan banyak sangat pun yang kena keluarkan kerana Islam itu agama yang adil. Sumbangan lain merupakan amalan sepanjang masa atas kesedaran orang lain juga patut mendapat kehidupan yang sejahtera.

Pengajaran buat kita semua ialah,kekayaan yang kita dapat bukan untuk kita sepenuhnya dan menderma sama sekali tidak akan menjadikan kita fakir. Selain dari itu sikap tidak membantah dengan suruhan ibubapa akan memberkati hidup kita dan ibubapa juga jangan pula mempengaruhi anak-anak supaya menjadi orang bakhil. Dalam setiap rezeki yang diberikan kepada kita ada juga hak orang lain dan rezeki itu sendiri mungkin merupakan ujian dari Maha Pencipta.

Kalau anda ingin baca lebih lagi mengenai beliau sila layari link berikut:http://kurasan.blogspot.com/ Semoga Tan Sri panjang umur dan kita pakat-pakat doa supaya sekolah kita juga akan mendapat sumbangan Tan Sri suatu hari nanti.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment